LogoBlog

TERKINI!! UJIAN DAPATI UNCLE SEEKERS POSITIF DADAH MORFIN

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam BERITA | SILA KOMENLAH SIKIT  

Lepas satu satu kes timbul membabitkan Uncle Seekers, kali ini ujian air kencing yang dijalankan di Ibu Pejabat Daerah Polis Nusajaya mendapati Uncle Seekers atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Hussein positif dadah jenis Morfin. Sumber berita dari Bernama diperolehi petang tadi selepas beliau ditahan kelmarin di Plaza Tol Senawang.




TERKINI!! UNCLE SEEKERS DI TAHAN POLIS MALAM TADI

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam BERITA | 3 komen diberi
UPDATE!! PEMBETULAN KES UNCLE SEEKERS!!!

Kami ingin membetulkan fakta pada entri awal tadi yang mana Uncle Seekers ditahan polis malam tadi pada pukul 9.45 malam di Plaza Tol Senawang dan bukannya di Janda Baik serta turut ditahan seorang wanita. Uncle Seekers kini disiasat mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972. 

Terima kasih diucapkan kepada rakan Twitter @Hazrey kerana pantas memberikan kemaskini berita ini.

ENTRI AWAL

Ingat Uncle Seekers?? dulu dia adalah salah seorang yang memulakan corak program TV berbentuk paranormal dengan Seekersnya. Sejak itulah beliau mendapat jolokan dengan nama Uncle Seekers dan kini dia banyak menulis blog melalui blognya www.uncleseekers.blogspot.com. Saya pernah menulis berkenaan blog ini apabila Uncle Seekers mula membuat ramalan mimpi yang dikatakan diturunkan direct kepadanya ketika dia tidur. Tak kurang juga ramai yang mengkritik entri itu walhal hanya menerangkan apa yang Uncle Seekers kata dalam mimpinya.

Entri itu boleh dibaca di link INI.




Cuit Pelik : Uncle Seekers Gila Mimpi Pulak!!

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | 6 komen diberi

Kebetulan, saya terbaca entry di blog Beautifulnara berkenaan tulisan di blog Uncle Seekers yang kini giat menulis ramalan mimpinya yang dengar-dengar cerita ramai dah menjadi kenyataan. Bertuahlah kalau saya nak percaya. Cuma, saya rasa pelik, apakah tujuan Uncle Seekers sebenarnya selepas bertukar bidang dalam jangka masa yang paling cepat. Maksud saya, dulu ada awal kemunculan Uncle Seekers, dia banyak muncul memperjuangkan ilmu mistik. Sampai muncul dalam rancangan Linda Onn dan memarahi beberapa pakar dalam rancangan tu. Kemudian dia menulis pulak pasal kisah cinta entah hapa-hapa pada pendapat aku mengenai Bekas Raja Permaisuri Agung Siti Aishah.

Alih-alih di Beautifulnara, Uncle Seekers dah gila tulis entry pasal ramalan mimpi dalam tidurnya. Lagi power beb!! Menurut Abang Nara, ada dakwaan dalam ramalan itu yang menjadi kenyataan tentang Allahyarham Datuk Ahmad Jais. Saya rasa, memang lah pecah sebab masa kononnya ramalan tu ditulis, Allahyarham Ahmad Jais dah pun dimasukkan ke hospital. Kemungkinan besar lah bahawa Ahmad Jais akan meninggal dunia tidak lama selepas itu.

Kalau ramalan pasal kehidupan sahaja tak apa, ini pasal PM Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mimpi pasal Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga banyak lagi ahli politik. Pelik betul mimpi dia, bagus ya boleh semua ahli politik dimimpikan.

Impian Tun Mahathir untuk melihat anaknya Mukhris menjadi Perdana Menteri Malaysia selepas Muhyiddin tidak kesampaian…. Datuk Zahid Hamidi harus berhati-hati dengan percaturan ini. Saya tidak memaksa Uncle Zahid untuk mempercayainya. Terpulanglah…

Itu antara tulisan di blog Uncle Seekers berkenaan Tun Dr Mahathir Mohamad. Entah apasal pulak, sekarang ni Uncle Seekers ni dah sibuk jadi blogger politik pulak dengan sentuh pasal SPRM, UMNO, Tun Abdullah dan ramai lagi manusia lain yang dimimpikan oleh Uncle Seekers.

Yang saya tahu, ada riwayat pakar ilmuan dulu Tafsir Mimpi ni hanya dikuasai oleh Nabi Yusuf sahaja dikurniakan oleh Allah untuk mentafsir mimpi. Masalahnya Uncle Seekers ni, dia terang-terang dalam blog dia tulis, dia bangun lambat dan mimpinya semasa tidur itu menunjukkan….. (apa ramalan itu..) Boleh dikatakan setiap hari pulak dia ni mimpi benda-benda tu.

Y.B. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. Yassin bakal jadi Perdana Menteri Malaysia kalau beliau lakukan 5 syarat…

Itu antara ramalan yang diperolehi oleh Uncle Seekers mengenai TPM ketika tidur dari pukul 7 pagi sampai 1.15 tengahari. Lamanya dia tidur, tidur siang ke apa?? Bukanlah nak menuduh, tapi macam layak ke orang yang tidur lama macam tu boleh diberikan mimpi-mimpi macam tu. Ish ish ish.. berat sunggu hati saya nak percaya apatah lagi mengkagumi dia.Saya bukanlah mendengki Uncle Seekers apatah lagi bakal meraih keuntungan dari tulisan entry ini, apatah lagi views harian saya hanya sekitar 300 views sahaja sehari. Apa yang saya nak katakan di sini ialah, hati-hatilah dengan orang yang sebegini kerana pe’elnya begitu pelik. Bertukar-tukar, kejap Pakar Hantu, Lepas tu Pakar Cinta lepas tu Pakar Politik dan sekarang Pakar Ramalan Mimpi pulak!!

Lepas tu, untuk apa ia disebarkan dalam blog. Boleh dikatakan hampir setiap hari dia mimpi tau. Siap dia bagitau boleh berdoa pada Allah lagi untuk dapatkan mimpi apa yang dia nak?? Astaghfirullah, mana ada orang macam tu? Kita tau lah rupa orang alim dan zuhud pada akhirat macam mana. Dengan cara perangainya dan perlakuannya. Jauh sekali dari cara yang Uncle Seekers tunjukkan boleh menjadi insan pilihan Allah untuk diberikan mimpi-mimpi itu.

Ramai jugak yang katakan Uncle Seekers ni tinggi ilmunya, a’ahlah memang lah ilmu hantu dia yang tinggi. Terpulang, saya tak takut pada apa-apa yang penting akidah pembaca blog di alam maya yang saya nak pelihara daripada terjebak perkara yang diragui kebenarannya apatah lagi bila melibatkan unsur syirik. Saya tak takut kerana saya ada Allah.

Teh”O”Suam : Apa kes mamat ni???