LogoBlog

Resipi : Masak Lemak Udang Galah Dengan Cendawan

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | 1 KOMEN

Bahan-Bahan

  • 4 ekor udang galah bersaiz sederhana
  • Tiga biji bawang merah atau sebiji bawang besar.
  • 3 ulas bawang putih
  • Sebatang serai dititik-titik
  • 5 biji cili padi (terpulang kalau nak pedas lagi)
  • Santan sekotak
  • Cendawan tiram dua peket dikoyakkan ikut saiz yang dikehendaki.
  • Garam secukup rasa
  • 3 ketul asam keping

Cara Membuatnya

  • Sediakan udang galah tadi, terpulang pada korang sama ada nak buang kepala atau tidak. Kalau buang, kepit dia yang besar tu jangan pulak buang sekali, sebab dalam tu lah ada isi yang paling best. Tapi pastikan benda-benda tajam di udang dibuang iaitu di kepala dan diekornya.
  • Kemudian, tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi tadi serta titikkan serai.
  • Selepas itu, sediakan periuk dengan sedikit minyak dan tumiskan barang-barang ditumbuk tadi sehingga naik bau.
  • Kemudian, masukkan sedikit air termasuk udang galah tadi.
  • Biarkan sedikit udang dengan air sedikit tadi beberapa minit sebelum masukkan santan tadi sekotak.
  • Kemudian masukkan air dan adjust keinginan kepekatan anda.
  • Masak sehingga mendidih, pastikan kerap atau sentiasa dikacau untuk elakkan ia bertaik minyak.
  • Selepas mendidih, masukkan cendawan tiram tadi.
  • Masakkan lagi sekitar 5 minit, periksa warna udang sama ada sudah bertukar kemerah-merahan.
  • Masukkan garam secukup rasa bersama tiga keping asam keping.
  • Kemudian hidangkan dan makanlah sepuasnya.

Asam keping tu anda boleh ikut kemasaman atau jika mahu bolehkan juga menggunakan mangga masam untuk kombinasikan rasa udang dengan masam mangga yang dimasukkan. Cendawan itu juga boleh digantikan mengikut kesesuaian anda. Selamat mencuba kawan-kawan!!

Teh”O”Suam : Sedapnya masa makan tu!! Kena buat lagi nanti



To MatDaie : Lokasi Pancing Udang Galah

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | 6 komen diberi

Saya menerima pertanyaan dalam ruangan komen dalam tajuk entry Tips Memancing Udang Galah dalam ruangan Top Search kepada blog ibnukhusairy.com.

Pertanyaan datang dari Mat Daie b. Mutaqim yang ingin bertanya:-

Mat Daie wrote : ada tak kawasan atau lokasi untuk memancing udang galah yang tua boleh syorkan sama ada sampan faiber untuk disewa harga dan no hp, sekian TQ




Saya sedaya upaya ni mencari jawapan kepada pertanyaan En Mat Daie ni dan berkat kecergasan mencari maklumat, saya berjaya menemui pakcik saya yang pakar memancing untuk mengetahui lokasi yang terbaik untuk memancing udang galah di Malaysia ini. Antara lokasi yang dicadangakn oleh pakcik saya yang saya panggil Uncle Salleh ni ialah :-

  • Sungai Muar (Bukit Kepong)
  • Sungai Rompin (Kedaik)
  • Kampung Kuantan (Kuala Selangor)
  • Sungai Perak (Teluk Intan)

 

Tetapi menurut Uncle Salleh, lokasi yang turut menjadi tumpuan pemancing udang galah ialah di Sungai Kempas dan Sungai Timun di Port Dickson. Rata-rata pemancing yang sudah merasa pengalaman memancing di sana mengakui udang galah di sungai itu adalah antara yang terbaik.

Aksi di Sungai Timun (dipetik dari http://sungaitimun.wordpress.com)

 

Terus baca entry ini