Siapa yang bekerja dengan pengurusan Lynas pastinya panas punggung juga beberapa minggu ini. Mana tidaknya, kisah syarikat mereka yang dirasakan akan membuka sebuah Kilang Memproses Nadir Bumi di Gebeng, Pahang diserang hebat oleh pembangkang di Parlimen. Team kerajaan juga dengan kuat dan tanpa rasa penat menangkis setiap serangan dengan mempertahankan bahawa kilang itu tidak akan membawa bahaya kepada penduduk.
Malam ini di Restoran NZ Garden Cafe berhadapan dengan KLCC di sebelah bangunan Public Bank akan diaadakan sesi Teh Tarik Bersama YB dengan acara panas Face To Face with Lynas Malaysia Sdn Bhd dengan Pengurus Besarnya Datuk Mashal Ahmad akan menjawa segala soalan dan kontroversi berkaitan kilang itu dan juga isu yang melandanya. Tujuan kami bukanlah untuk menghangatkan lagi suasana tetapi mahu memberi kefahaman yang lebih kepada korang. Juga nak lihat siapa sebenarnya buat faham atau saja buat-buat tak faham demi kepentingan diri dan politik.
Kepada korang yang menghormati dan sayangkan negara ini, ini adalah sebenarnya isu besar dan rakyat kena dijelaskan dengan perkara ini. Dengan kehadiran orang kuat Lynas ini sendiri pastinya ia akan dapat memberi penerangan dengan jelas tentang apa dan fungsinya Lynas ini sebenarnya fungsinya apa.
Teh”O”Suam : Lama-lama Teh O jadi panas