Bahaya.. Bahaya betul.. Kalau ada makhluk ni boleh membawa kepada bahaya yang dahsyat. Itulah lumrahnya di beberapa jalan raya di sekitar Temerloh dan Kerdau ni. Di sini, kami biasanya akan kembali ke rumah atau tempat penginapan lewat dari biasa. Dengan meeting dan pelbagai lagi aturcara yang perlu diikuti. Memang agak padat dan sukar nak merancang.
Jadi bila balik, terutamanya dari Kerdau ke Temerloh kami memandu di waktu malam. Jalan di sekitar kawasan di sini gelap dan bengkang-bengkok macam ular kena palu. Tambahan pulak banyak binatang yang dinamakan kerbau. Merata-rata di atas jalan di Kerdau ni.
Kenapa lah kerbau ni sangat merbahaya di Kerdau??







