Seramai 8,948 orang pengundi akan mula mengundi pada Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau di Pahang pada pukul 8 pagi ini. Semua diaorang ni berdaftar dengan SPR bermula dari kawasan di Desa Murni sehinggalah ke Jengka 23. Kawasan paling hujung dalam DUN Kerdau ni.
14 polis dan 36 orang petugas SPR dah pun mengundi Khamis lepas melalui sistem undi pos. Keputusan semuanya akan dijangka pada pukul 7 malam ini. Jadi, malam tadi di Kerdau ni hujan lebat sampai ke pagi. Mesti semua tengah tidur lagi dengan nyenyak kan.
Kami akan cuba bagi update peratusan mengundi setiap dua jam sepanjang hari ini ok. Pilihan raya kecil DUN Kerdau menyaksikan PAS akan lawan BN.
Butir-butir Pilihan Raya di bawah…






