Hari ini empat resipi berturut-turut Ibnu K kongsikan khas untuk dimasak sebagai juadah berbuka atau bersahur. Yang ni Ibnu K cuba kongsikan menu yang cepat dimasak dan simple. Kalau ada cili kering yang sudah dikisar sudah boleh dimasak. Rasanya memang tak dapat dinafikan, kalau dimakan bersama nasi dan kicap manis memang best!! Berpeluh-peluh..

Ha.. nampak tak betapa aromanya menyelerakan bau cili kering tu. Kuncinya kepada kejayaan memasak masakan ini dengan jayanya ialah menggoreng ikan bilis dengan garing, dan cili kering tu kena masak betul-betul supaya ia tak mentah. Jom kita teliti bahan-bahannya.
Bahan-Bahan :-
7 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
semangkuk cili kering yang telah digunting, rendam (diblendkan sehingga jadi cili-boh)
300 gram ikan bilis (digoreng garing)
2 ulas asam keping.
Garam secukup rasa.
Langkah-langkah memasak :-
1. Bawang merah dihiris-hiris halus dan ditumbuk lumat.
2. Bawang putih dititik dan diketuk.
3. Kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih tadi sehingga naik bau harumnya.
4. Selepas tumisan itu naik baunya masukkan cili boh td mengikut citarasa anda untuk mewujudkan kuah untuk dimakan bersama nasi.
5. Masak cili kering tadi di atas api yang kuat, supaya pecah minyak. Sentiasa kacau supaya cili kering tidak hangus dan berbau terbakar.
6. Selepas pecah minyak, masukkan garam secukup rasa dan masukkan sekali asam keping.
7. Masukkan ikan bilis yang digoreng dan kacau bersama sambal tadi, api sudah boleh ditutup terus ketika ini.
8. Boleh disiapkan untuk dihidangkan.
Tips
Jadi, hidangan ini jika anda nak buat pengubahsuaian pun boleh, dengan bahan-bahan yang sama boleh juga masak sambal sardin tetapi masukkan lah sedikit kuah sardin di dalam tin untuk menjadikannya lebih enak. Asam keping yang dimasukkan hanya untuk memberi rasa masa sedikit kepada ikan bilis.
Ia juga boleh disebatikan dengan ayam goreng, ikan kembung mahupun ikan tenggiri. Kesannya tetap sedap. Pandai-pandailah korang menyesuaikan masakan itu.
Ibnu K : Resipi turun-temurun Opah ni…