Esok 10 Oktober 2012, Ekspo Konsumer Halal Terbesar Malaysia iaitu HALFEST 2012 akan bermula sehingga Ahad ini 14 Oktober 2012. Anda yang ada kelapangan sebaik pulang dari kerja dan pada hujung minggu ini perlu hadir ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk sama-sama memeriahkan ekspo tempatan bertaraf antarabangsa ini.
Anda akan berpeluang menerokai maklumat berkaitan produk Halal dari seluruh negara dan juga mengambil bahagian dalam aktiviti menarik di HALFEST kali ini. Ekspo kali ini juga akan membawa kira-kira 700 ruang pameran produk berkaitan industri halal.










