LogoBlog

Kerdau Motorshow

Dicetuskan pada by Dalam CUIT-CUIT | 5 komen diberi

Bukan kata pilihanraya saja yang sedang berlangsung di Kerdau ni… Siap ada motorshow lagi. Tak sangka, orang-orang di Kerdau ni memiliki kenderaan yang mantap-mantap sampai boleh diadakan motorshow.

Semuanya design ada kelas dan antik pun ada. Motorshow ni berlaku di Pekan Kerdau yang sudah agak usang jugak keadaannya. Maklumlah pekan lama kan??

So inilah antara imej kenangan Kerdau Motorshow di Kerdau, Pahang ni…

Ni baru satu… tengok lagi dekat bawah… klik je..

 

 

 

Satu lawan Satu di DUN N28 Kerdau??

Dicetuskan pada by Dalam CUIT-CUIT | SILA KOMENLAH SIKIT  

Hari ini akan berlangsung proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau. Selepas borang dibuka untuk di beli mereka yang berminat untuk bertanding, hanya dua parti yang membeli borang pencalonan. Seperti pertandingan pada Pilihan Raya Umum 2008. Parti yang membeli borang ialah BN dan Pas.

Jadiknya, SPR jangka di Kerdau, Pahang. Akan terjadinya pertembungan satu lawan satu. Antara BN dan PAS. Pusat penamaan calon akan dibuka pada pukul 9 pagi hingga pukul 10 untuk mereka menyerahkan borang pencalonan. Kemudian, akan dibuka pula untuk bantahan sehingga pukul 11 pagi sebelum Pegawai Pengurus N28 Kerdau mengumumkan calon yang sah bertanding.

Jika borang mereka disahkan dan diterima maka akan terjadilah pertandingan dua penjuru di Kerdau ni yang terletak di bawah Parlimen Kuala Krau.

Siapa ya yang menawarkan diri nak bertanding??