LogoBlog

Kampung Ban Pareh, Pattani

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | SILA KOMENLAH SIKIT  

Pada 15 Jun lepas, Ibnu K dan delegasi ke Thailand dibawa singgah ke Kampung Ban Pareh di dalam daerah Pattani di Selatan Thailand. Kami dibawa meninjau bermacam-macam lokasi yang diusahakan kerajaan Thailand dalam usaha memulihkan status ekonomi penduduk di kampung tu. Antaranya ialah kolam ikan keli kira-kira 10 meter persegi je luasnya.

Tengok air kolam ikan keli yang dah merah dek kerana makanan ikan yang terlalu banyak. Tak dapat tengok rupa ikan tu sebab, masa tuan rumah nak cari tangguk, kami dah terpaksa bergerak ke kawasan lain. Kelihatan juga dalam gambar si lelaki berbaju biru berbelang hitam yang juga Setiausaha Kanan Kementerian Penerangan Bangladesh.

Kami juga dibawa pergi untuk menemui beberapa orang penduduk kampung…




Pattani, Undang-Undang Darurat

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | SILA KOMENLAH SIKIT  

Ibnu K kini sudah pun berada di daerah di Selatan Thailand, Pattani untuk selama tiga hari dua malam. Kami delegasi semua menetap di Hotel CS Pattani di tengah-tengah bandar Pattani rasanya.

Inilah hotel tempat kami diami selama berada di daerah Pattani ni, Delegasi Media Familiarisation Trip Thailand 2011  baru sedar bahawa semua telefon bimbit mereka tidak boleh digunakan kerana disekat kerajaan Thailand atas sebab-sebab keselamatan.

Jika kami mahu jugak guna hp masing-masing, kena register di beberapa kedai berhampiran untuk membolehkan kad sim kami diaktifkan untuk digunakan dalam kawasan Pattani ini. Beberapa delegasi tidak mahu mengaktifkan sim mereka kerana bimbang akan keselamatan dan ia melibatkan banyak urusan.

Talian telefon bimbit disekat kerana bimbang pengguna yang tidak bertanggungjawab menggunakannya untuk mengaktifkan bom dan meletupkan beberapa kawasan di Selatan Thai ni. Kebanyakan kes melibatkan penggunaan telefon bimbit sebagai peledak bom.

Tetapi kepada semua.. InsyaAllah, kami selamat..

Ibnu K : doa-doakan ya…




Teruja ke Songkhla dan Pattani bulan depan

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | SILA KOMENLAH SIKIT  

Pada 12 Jun ni, Ibnu K sudah dijadualkan untuk berada di Thailand sampai 18 Jun. Teruja betul Ibnu K sebab itu lah kali pertama akan menjejakkan kaki ke negara Gajah Putih itu. Semuanya untuk lawatan kerja hasil jemputan Jabatan Hal Ehwal Luar Negara Thailand di bawah Pejabat Perdana Menteri Thailand Abhisit Vejjajiva.

Ibnu K akan berada di Bangkok, Songkhla, Hat Yai dan Pattani sepanjang seminggu berada di sana. Ibnu K teruja dan agak gementar juga bila dijadualkan akan berada di Selatan Thailand. Antara tujuan mereka menjemput wartawan seperti Ibnu K adalah kerajaan Thailand nak menerangkan kepada wartawan Islam keadaan sebenar di sana.




Teruskan baca entry ni…