LogoBlog

INDAHNYA KALAU JADI KENYATAAN….

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam BERITA | SILA KOMENLAH SIKIT  

Berita Harian lagi hari ini melaporkan parti UMNO dan PAS kena bincang segera demi negara perkara untuk menyatupadukan orang Melayu di Malaysia sekarang. Anda semua pasti tahu realistik orang Melayu di Malaysia kalau dipecahkan ikut ideologi politik pecah tiga. Mereka ke UMNO, PKR dan PAS. Kalau ada yang beranggapan pecah lagi banyak itu hak anda sebab memang banyak parti politik dalam Malaysia ini.

Pengundi Kerdau Mengundi Hari Ini

Dicetuskan pada by Dalam CUIT-CUIT | SILA KOMENLAH SIKIT  

Seramai 8,948 orang pengundi akan mula mengundi pada Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau di Pahang pada pukul 8 pagi ini. Semua diaorang ni berdaftar dengan SPR bermula dari kawasan di Desa Murni sehinggalah ke Jengka 23. Kawasan paling hujung dalam DUN Kerdau ni.

14 polis dan 36 orang petugas SPR dah pun mengundi Khamis lepas melalui sistem undi pos. Keputusan semuanya akan dijangka pada pukul 7 malam ini. Jadi, malam tadi di Kerdau ni hujan lebat sampai ke pagi. Mesti semua tengah tidur lagi dengan nyenyak kan.

Kami akan cuba bagi update peratusan mengundi setiap dua jam sepanjang hari ini ok. Pilihan raya kecil DUN Kerdau menyaksikan PAS akan lawan BN.

Butir-butir Pilihan Raya di bawah…

Satu lawan Satu di DUN N28 Kerdau??

Dicetuskan pada by Dalam CUIT-CUIT | SILA KOMENLAH SIKIT  

Hari ini akan berlangsung proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau. Selepas borang dibuka untuk di beli mereka yang berminat untuk bertanding, hanya dua parti yang membeli borang pencalonan. Seperti pertandingan pada Pilihan Raya Umum 2008. Parti yang membeli borang ialah BN dan Pas.

Jadiknya, SPR jangka di Kerdau, Pahang. Akan terjadinya pertembungan satu lawan satu. Antara BN dan PAS. Pusat penamaan calon akan dibuka pada pukul 9 pagi hingga pukul 10 untuk mereka menyerahkan borang pencalonan. Kemudian, akan dibuka pula untuk bantahan sehingga pukul 11 pagi sebelum Pegawai Pengurus N28 Kerdau mengumumkan calon yang sah bertanding.

Jika borang mereka disahkan dan diterima maka akan terjadilah pertandingan dua penjuru di Kerdau ni yang terletak di bawah Parlimen Kuala Krau.

Siapa ya yang menawarkan diri nak bertanding??