LogoBlog

INI KERJA REMAJA TAK TAU MALU!! KISAH BUDAK DEKAT SOGO!!

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | 1 KOMEN

Salam kepada semua readers blog ini.

Remaja ada yang pemalu ada yang tak tahu malu kan. Saya nak bercerita tentang seorang remaja yang TAK TAHU MALU dalam membantu orang yang lebih memerlukan. Kalau dalam bab membantu ni tak payah lah nak malu-malu. Lempang sekali baru tau!! Amboi sampai nak melempang!! Hehe…

Kisah ini berlaku di seberang jalan di hadapan Plaza Maju Junction berdekatan dengan Sogo. Ini kisah BUDAK DEKAT SOGO pulak. Kisah ini terjadi pada beberapa Sabtu yang lalu ketika saya menunggu rakan untuk pergi menjalankan tugas seterusnya. Ternampaklah dek saya budak remaja yang baik menolong seorang tua untuk menaiki teksi.

Fullscreen capture 2112013 12919 PM-001




Ibnu K Jumpa Pakcik Depan Sogo Semula!!

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | 10 komen diberi

Jumaat, Ibnu K pergi ke Sogo untuk menjejaki pakcik itu. Misi itu dijalankan sebab memang Ibnu K berniat nak cari pakcik tu semula dan mendengar apa lagi ilmu yang beliau ada. Perkongsian awal, di yotube berkenaan pakcik itu secara tak sengaja menjadi fenomena dalam alam siber sehingga views di youtube pada pukul 12.00 malam mencecah 117,462 views.

Langkah Ibnu K diatur sebaik Solat Jumaat tamat, sampai di sana kira-kira pukul 2.45 petang dan terus pergi ke tempat di mana segalanya bermula.. Tetapi Pakcik Depan Sogo tiada.. Jadi, Ibnu K bertanyakan pada penjual air di depan Sogo betul sebelah dengan tempat pakcik itu selalu duduk.  Abang tu bagitau, Pakcik tu akan datang dari arah Jalan Raja Laut kerana dia duduk di Kampung Baru menyewa!! Pakcik akan datang dalam petang, kira-kira pukul 4 ke atas.

Ibnu K kemudian berjalan kaki sampai ke Jalan Raja Laut manalah tahu kalau-kalau pakcik tu baru bergerak dari rumah nak ke Sogo, mungkin boleh terserempak dengannya.

Tapi segalanya hampa.. Ibnu K terus berjalan kaki sekitar kawasan Sogo, Masjid Jamek dan Jalan Tuanku Abdul Rahman tetapi Pakcik Depan Sogo tiada!!

Ibnu K terus tunggu di depan Kompleks Sogo sampai dekat kira-kira pukul 6 petang. dan Ibnu K agak terkeliru dengan apa yang Ibnu K tengok!!




Musyawarah Itu Utama….

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | 4 komen diberi

Maaf andai kata ada yang terganggu mendengar dan menonton video Pakcik Depan Sogo tatkala munculnya tulisan ini. Ibnu K cuma nak beri penjelasan terutamanya selepas membaca banyak komen dalam youtube yang sudah menyimpang jauh. Ramai jugak rupanya yang menyangkal apa yang pakcik ni cakap tetapi sebaliknya mempertahankan demonstrasi yang berlaku di KL sebagai cara menegur kerajaan yang zalim!! kata mereka…

Ini antara komen yang Ibnu K rasa tak relevan langsung dengan entry ini!! Oleh windofchangess tu.. Apa tujuan dia komen macam tu.. Tapi biarlah segelintir sahaja daripada ramai yang menyetujui pakcik tu. Ibnu K tak kecewa sebab itu adalah laman untuk korang berdebat dan berbincang demi kepentingan negara dan sosial. Tetapi apa mesej Ibnu K nak sampaikan ialah… Seteruk mana pun kerajaan kita, sebenarnya kita TAK ADA HAK memerangi kerajaan sekarang dengan kekerasan atau demonstrasi yang kemungkinan akan mewujudkan huru-hara.

Tengok pulak apa yang zulmalc kata :-

Ada lagi.. sambung baca ya..




Tak Sempat Ku Tanyakan Nama Mu..

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | 1 KOMEN

Ibnu K mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi menonton dan mengambil iktibar bersama apa yang Pakcik Depan Sogo cakap dalam video yang Ibnu K rekod dan postkan di laman youtube itu ya. Terkejut Ibnu K kerana video itu telah menarik kira-kira 10,630 views sejak Ibnu K muat naik video itu semalam.

Dengan view sebanyak itu jugaklah banyan komen yang positif Ibnu K terima dan tidak kurang juga ada spesis manusia yang boleh kritik apa yang pakcik yang tahap semarhaen itu pun boleh kata. Setelah dirisik, menurut ayah Ibnu K Pakcik Depan Sogo memang duduk di kawasan situ sejak dulu lagi. Kenapa dia jadi macam tu, Wallahualam. Nak kata tak siuman pun tidak, nak kata siuman pun susah.. Yang penting dia dah menyedarkan ramai sangat orang.

Apapun, Ibnu K harap sangat kepada korang doakanlah pakcik ni dapat hidup yang sejahtera dan terus diberkati Allah serta dipelihara jalan-jalannya di depan Sogo tu. Kalau ada yang cuba mendekatinya, cubalah pujuk dia dan berkawanlah, jangan korang lekehkan dia pulak. Ibnu K percaya korang takkan buat begitu.

Ibnu K nak cerita pasal komen-komen youtube yang Ibnu K terima… sambung baca ya..