Carilah di mana-mana pun di Malaysia, takkan berjumpa dengan pingat emas dari mana-mana temasya Sukan Olimpik sejak ia diadakan. Kalau ada pun pingat perak terbaru sekali oleh Dato’ Lee Chong Wei pemain badminton no 1 negara kini no 2 dunia di belakang Lin Dan. Itupun kemenangan di Sukan Olimpik, Beijing.

Kini kita bakal melihat satu-satunya pingat emas Olimpik yang bakal berada di Malaysia ialah pingat emas dari temasya Sukan Olimpik London 2012 pada acara badminton perseorangan lelaki selepas menewaskan pemain China Chen Long pada separuh akhir. Lee Chong Wei akan bertemu dengan Lin Dan sekali lagi pada malam ini berpeluang setapak lagi untuk memenangi pingat emas Olimpik.

Kalau ada yang menangguhkan Solat Sunat Terawih malam ni dek kerana menantikan saat pingat emas Olimpik ini, tak apa tetapi eloklah dibuat juga sebaik perlawanan Lee Chong Wei dan Lin Dan tamat sekejap lagi ya. Sukan, sukan juga misi akhirat tetap kita akan teruskan kerana masih berada di bulan Ramadhan.
p/s : Kita sokong dan sorak untuk kemenangan sekian lama dinanti