LogoBlog

INSAN BERTUAH BERSARAPAN DENGAN PM NAJIB RAZAK

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | SILA KOMENLAH SIKIT  

Saya sudah mencuba beberapa kali untuk mendapat peluang bertemu Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak tetapi masih gagal sehingga ke hari ini. Tetapi bagi empat pengikut Twitter beliau pasti berasa amat bangga apabila berpeluang bersarapan beliau di restoran Chawan di Bangsar semalam pada Sabtu.

Antara yang bertuah juga ialah pengikut (Follower) akaun Twitter PM yang ke 500,000. Bertuah sungguh tambahan pula mereka mendapat iPad selepas majlis sarapan pagi itu. Pengikut Twitter beliau itu namanya ialah Anwaruddin Izzudin berusia 15 tahun. Tiga orang pengikut Twitter bertuah ialah Lim Weng Marc, Shashi Muniandy, dan Mohd Azhar Hashim. PM habiskan masa dengan mereka bersarapan tu kira-kira sejam. Datuk Seri turut berbora dengan pelbagai topik dari politik, kehidupan seharian dan juga menandatangani autograf.

Pada pertemuan dengan pemberita kemudian, Anwaruddin berkata, dia sungguh gembira apabila mendapat tahu menjadi pengikut ke-500,000 Twitter Najib.

 

Tapi, apabila mendapat panggilan daripada 1Malaysia.com seminggu lepas tentang berita itu dan untuk menghadiri majlis ini, saya sangka ia hanya suatu gurauan. Saya macam tak percaya mendapat peluang untuk duduk bersarapan bersama Perdana Menteri

 

Beliau kata, dia mengikut @NajibRazak selepas mendapat tahu dari abangnya bahawa PM mengadakan peraduan untuk berjumpa dengan Twitter yang 500,000. Pada sesi itu juga PM turut berborak mengenai pasukan Liga Perdana Inggeris Manchester United.




Teh”O”Suam : Bertuahnya mereka tu…

Cuit Sikit : ADAM ADLI YANG SENGAL!! (UPDATED)

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | SILA KOMENLAH SIKIT  

KEMASKINI 2 JAN 2012 10.15AM

Sebenarnya, saya dah malas nak menulis pasal mahasiswa mentah sorang yang cakap tak pakai akal fikiran ni. Saya boleh tahu daripada percakapannya bahawa beliau mengikut arahan seseorang dan bercakap mengikut template kata-kata seorang yang memang sudah kita kenal Anwar Ibrahim. Saya tak nak mengulas panjang lebar kerana blog ini bukan blog politik.
Terbaru pada sambutan tahun baru semalam, salah seorang rakan Adam ni sudah menyertai satu perhimpunan mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan Adam jadi ketuanya, rakannya Safwan Anang dikatakan dibelasah polis sehingga nazak. Boleh pakai ke kenyataan begitu.

Dahsyat, kalau boleh dibayangkan nazaknya seperti kata Adam Adli, pasti berdarah muka dan patah riuk dah. Tapi gambar sebenar tak ada apa-apa pun.

Ini bukan nazak, ni namanya pejam mata bro.

Wah-wah, ni selepas dia sihat, sekarang sudah ada orang datang salam cium tangan. Bagus betul politik korang ni kan? Kisah nazak ni semua berlaku di Twitter Adam Adli yang beriya-iya promosikan bahawa si Safwan ni tengah nazak seperti gambar di bawah.

Tengoklah gaya bahasanya, anjing Umno!! Tak ke ayat-ayat Anwar tu.

Ini antara Tweet paling latest Adam Adli yang jelas suka-suka hati dia menuduh Menteri Dalam Negeri dan PM hidup dibawah hasil rompakan dan komisyen. Siapa yang bagitahu si Adam ni semua benda ni Anwar lah.Wahai Adam, sudah lah tu. Kelak kalau kau dah tau perjuangan kau tu tak ke mana baru kau nak menyesal ke? Dah la belajar, biasiswa kerajaan bagi, kereta pun bapak tolong belikan, apa lagi lah orang tolong belikan untuk dia ni.

Teh”O”Suam” : Gilalah, pakai otak boleh tak??

Laporan yang Menyesakkan Kepala!!

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | 3 komen diberi

Hari ini, dalam ofis saya di Bernama. Semuanya gembira kerana dapat baju korporat kami yang baru. Berwarna biru dan putih. Baju ini diberikan untuk dipakai ketika membuat liputan di luar atau pada bila-bila hari yang kami nak.

Untuk pertama kali, mungkin inilah 1st time saya akan letakkan gambar saya di dalam baju korporat untuk tatapan korang yang mungkin tertanya-tanya macam mana agaknya rupa saya ni?? Hahaha.. cewah.. perasan.. macam ada orang nak kenal kan??

Ibnu K

Okay tak baju korporat kami. Jadi, bukan itu yang menyesakkan kepala saya. Saya diminta menulis story (berita) berkenaan reaksi kepada Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang diumumkan PM baru-baru ini. Buku tu dah lah tebal, saya kena teliti dan tulis bahagian membasmi kemiskinan di kalangan rakyat Malaysia… Aduuhhh.. kepala dah nak sakit ni..

Terus baca contengan ini..