LogoBlog

KAPAL SELAM MENDARAT DI MELAKA??

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | 1 KOMEN

Sudahkah anda pergi ke Melaka dan melawat Muzium Kapal Selam yang terletak di Pantai Klebang. Saya rasa mesti ramai yang belum. Orang Melaka mungkin sudah ramai yang tahu. Di Melaka dipamerkan sebuah kapal selam terpakai milik Tentera Laut Di-raja Malaysia yang digunakan oleh para pelatih Kapal Selam Scorpene KD Tuanku Abdul Rahman yang kini berpengkalan di Teluk Sepanggar, Sabah.

Kapal selam SMD Quessant yang digunakan para pengelola kapal selam Malaysia selepas itu dihadiahkan kepada TLDM dan kini dijadikan Muzium Kapal Selam di Melaka ini.




BLOGGER “SERANG” MELAKA

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | SILA KOMENLAH SIKIT  

Kira-kira separuh bas blogger dari seluruh negara “menyerang” Melaka pada 12 dan 13 Mei lalu untuk menyertai Seminar Dr Spin Blogger 1Malaysia. Memang menarik pengalaman yang dilalui para blogger ketika berada di sana. Saya turut menyertai seminar itu dan turut sempat berkongsi ilmu sebagai mentor kepada bakal-bakal blogger yang menyertai seminar itu.




[KAMI REKEMEN] RATAH IKAN BAKAR DI ALAI LAGI

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | SILA KOMENLAH SIKIT  

MELAKA, 23 Feb 2012 – Korang masih ingat entry pasal medan ikan bakar di Alai, Melaka yang memang happening dengan hidangannya yang sedap dan menyelerakan tu. Saya recall semula entry itu di SINI untuk bacaan korang. Hari ini saya ke Melaka lagi dan bertemu Bro Azrin untu saja menikmati keenakan Ikan Bakar yang dimasaknya menggunakan resepi rahsia. Dia ada berkongsi rahsia dengan saya tapi saya tak nak cerita lah.. Heheheh..

Malam tadi menu saya inilah Ikan Siakap sebelah bakar sambal, udang bakar rempah dan sotong goreng tepung makan pulak dengan nasi lemak. Nasi lemak saya makan dua bungkus sahaja sebab di sini, misi utama ialah meratah lauk yang ada. Kalau anda makan nasi dengan kuantiti yang banyak takut pulak lauk yang dipesan bermacam-macam tak habis di makan. Restoran Deli Muara atau De Muara jadi Famous sebabkan taukenya yang sentiasa ada di kedai setiap hari. Kalau dia tak ada maksudnya dia sakit atau ada hal tertentu dia.

Ini menu kedua saya, udang bakar rempah. Kalau anda datang ke Alai ni antara yang sedap untuk diorder menjadi hidangan sekeluarga ialah Ikan Masak Tiga Rasa, Udang Bakar Herba, Ikan Bakar Sambal dan Kupang Masak Pedas. Semua lauk ini memang kalau balik rumah selepas itu. Dok terbayang-bayang jer dan berfikir bila nak datang lagi. Memang berbaloi sebab Bro Azrin akan menerangkan masakan apa yang sedap dan kalau ada kekurangan pun dia akan cepat-cepat minta maaf dengan customer. Respek sama dia lah.

Inilah dia Tauke kedai yang sentiasa ada. Tengoklah betapa penuh di belakang tetamu istimew Ummi Hafilda Ali ketika bertandang makan di kedai De Muara ini. Dia sedap sehingga menjilat jari dan kadang-kadang sampai kecewa sebab dah tak ada apa nak jilat. Korang jugak mintak le jadi friends dalam page Facebook Bro Azrin dan Page restoran De Muara itu sendiri. Korang boleh masuk Facebook dan klik Like pada Page INI. Kena bagi sokongan kepada anak muda yang gigih berusaha sendiri dengan membuka kedai makan ini. Gambar Ummi Hafilda ni bukan tujuan politik. Saya realistik dalam buat entry.

Kalau korang nak tempah catering ke? nak tempah meja ke? Boleh call Bor Azrin ni di no hp 017-2556650.

Alamat dia : -

Km10, Muara Sungai Punggor,75460 Melaka.

Lihat wajah sedap dan berpuas hati menikmati masakan Ikan Bakar di Restoran Deli Muara, Alai ini. Syabas Bro Azrin.

Teh”O”Suam : Memang berpeluh kalau makan kat sini..