LogoBlog

IKUTI LINTAS LANGSUNG DARI KAMI DI CAPITAL TV

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CERITA IBNU K | 2 komen diberi

CapitalTVLama sungguh saya tak update blog ini. Sekarang ini kan semua tengah sibuk dengan bahang Pilihan Raya Umum ke-13 yang bakal menjelang pada 5 Mei ini. Untuk pengetahuan anda, saya kini sudah memulakan tugas baru di stesen televisyen sebagai Wartawan Penyiaran. Saya kini bertugas di Capital TV sebuah stesen televisyen untuk bisnes anda bagi para pelanggan Unifi channel 420.

Lega rasanya selepas lama menganggur kembali bekerja. Saya berada di bawah bahagian berita Bahasa Malaysia bagi Capital TV yang dibuka kira-kira setahun lalu. Yang paling menarik, suasana bekerja di sini memang menyeronokkan ala-ala pejabat Google yang hebat tu. Dekat ofis Capital TV ni ada meja Ping Pong dekat tengah-tengah work space kami. Memang best!!

BIIUkxOCIAANeKw

Lepas tu bila lepas kerja diaorang layan busking kat  belakang ofis sambil layan lirik dekat iPad. Memang menarik suasana di pejabat ini. Untuk pengetahuan anda, saya akan membuat lintas langsung dari lokasi terpilih di Lembah Kelang pada Pilihan Raya Umum kali ini. Pada mulanya lokasi saya di Tanjong Karang tetapi di dimaklumkan sudah diubah ke Kota Damansara kerana ia melibatkan pertembungan enam penjuru.

Saya nak mengajaklah, sesiapa yang ada Unifi dan channel Capital TV di rumah mereka, tune in to channel 420 untuk mengikuti siaran kami sempena Pilihan Raya Umum ke-13 ini nanti. Saya dan beberapa wartawan lain akan membuat lintas langsung dari beberapa lokasi sekitar Lembah Kelang setiap jam pada 5 Mei nanti.




Makan-Makan di Wadihana Islamic Steakhouse

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam JALAN-JALAN ALAS PERUT | SILA KOMENLAH SIKIT  

WadihanaTBoneSteak

Sedapnya, inilah hidangan TBone Steak di Wadihana Islamic Steakhouse. Selama ni mesti para peminat Steak dan makanan Western ni. Kita biasanya susah nak cari lokasi makan Steak yang halal kan. Kalau di KL, antara lokasinya ialah Tony Romas, Victoria Station, Outback dan TGI Fridays. Banyak lagi sebenarnya, saya namakan yang tu saja sebagai contoh.

Tapi jika anda bertandang ke Wadihana ni memang tak perlu risau sebab tu kerana ia memang disediakan halal dan bersih. Suasana santai restorannya pun sudah boleh memikat anda sekeluarga.

WadihanaSetapak




Wow!!! Fenomena Durian Crepe Yang Mengiurkan

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | SILA KOMENLAH SIKIT  

Lazatnya tak terkata… Sedapnya tak tergambar dek kata-kata.. Eh bukan sama ke kedua-dua pernyataan tu. Itulah emosi saya saat kali pertama benda lazat dipanggil Durian Crepe ni menjengah masuk ke dalam tekak. Seorang yang istimewa telah memperkenalkan saya kepada Durian Crepe ini dan rasanya memang penuh rasa durian dan berkrim.




TREND MEMOTONG KEMALUAN DI TWITTER MEMBIMBANGKAN

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam GELAK KETAWA | SILA KOMENLAH SIKIT  

Gembira hati ini bila pasukan Harimau Malaya membelasah Laos tadi di Stadium Nasional Bukit Jalil 4-1. Tapi, satu gol Laos itu menjadikan keseimbangan gol dan bolos Malaysia agak sedikit terganggu. Kini kita di kedudukan ketiga kumpulan B di belakang Singapura dengan 3 mata.

Perlawanan seterusnya ialah menentang Indonesia pada 1 Disember ini pasti lebih menghangatkan suasana dengan keadana persaingan Kumpulan B seakan terbuka untuk melihat pasukan mana yang layak ke separuh akhir Piala Suzuki AFF edisi 2012 kali ini.




MOTOR MACAM INI, HANYA DI MALAYSIA??

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | 3 komen diberi

Mesti ramai sedar yang hari ini pada waktu tengahari agak panas terik dan hujan mula turun menjelang petang. Ada tempat hujan lebat dan ada tempat hujan sederhana sahaja. Ketika saya nak pergi ke sebuah bank dekat Setapak, saya ternampak motor dengan aksesori tambahan yang unik.




BOLEH TOLONG UNDI PENYERTAAN SAYA??

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam ISTIMEWA | SILA KOMENLAH SIKIT  

Terima kasih diucapkan kepada mereka yang sudi nak undi penyertaan saya dalam pertandingan “I need MRT because..” Saja je nak cuba nasib dan tengok macam mana orang ramai menyukai kata-kata yang saya gunakan.

Untuk anda yang boleh bantu undi penyertaan saya di pertandingan “I need MRT because…” ini bolehlah klik ke link INI dan klik pada butang VOTE. Terima kasih.

Anda akan melihat ruangan sebegini untuk mengundi nanti ya. Bagi anda yang berminat juga nak sertai pertandingan ini, bolehlah mendaftar dan menyertainya di SINI. Terima kasih diucapkan kepada yang sudi mengundi penyertaan Ibnu K dalam pertandingan “I need MRT because…” .




p/s : Terima kasih ya.

EKSPO KONSUMER HALAL TERBESAR MALAYSIA HALFEST 2012 BERMULA ESOK

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam ISTIMEWA | 9 komen diberi

Esok 10 Oktober 2012, Ekspo Konsumer Halal Terbesar Malaysia iaitu HALFEST 2012 akan bermula sehingga Ahad ini 14 Oktober 2012. Anda yang ada kelapangan sebaik pulang dari kerja dan pada hujung minggu ini perlu hadir ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk sama-sama memeriahkan ekspo tempatan bertaraf antarabangsa ini.

Anda akan berpeluang menerokai maklumat berkaitan produk Halal dari seluruh negara dan juga mengambil bahagian dalam aktiviti menarik di HALFEST kali ini. Ekspo kali ini juga akan membawa kira-kira 700 ruang pameran produk berkaitan industri halal.




TEAM URBAN GAMER WAKILI MALAYSIA KE CHINA

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CERITA IBNU K | SILA KOMENLAH SIKIT  

Saya ada seorang sepupu yang minatnya main game jer.. Sejak kanak-kanak sampai sekarang hobinya berubah jadi kerjayanya sekarang. Namanya Shah atau kami pernah panggil dia JC sebab dia minat JC dari Kumpulan N’sync tu. Satu yang best mengenai sepupu merangkap abang saudara saya ini ialah kami jadi tak jemu kalau menonton si Shah ni main game.

Dia ni kalau main game, dia akan main sampai habis game tu. Maksudnya sampai kesudahannya apabila seseorang dah habis melangkah ke semua level dalam sesuatu game. Kegemaran dia tu, akhirnya berjaya menceburkan diri dia dalam kerjaya mencipta dan memantau online game. Memang best!!

Terbaru saya nak ucapkan tahniah kepadanya kerana team Gamer nya iaitu Urban Gamer baru sahaja menjuarai World Cyber Games (WCG) Game Festival Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Dia menang dalam game online World Of Tanks pada 9 September lalu.




Awek Kedah Juara BINTANG NASYID MU’MIN 2012

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam ADVERTORIAL | 1 KOMEN

Memang pelajar perempuan dari Kedah biasanya pandai-pandai belaka. Satu pertandingan nasyid anjuran Al-Meswak Mukmin Sdn Bhd dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) digelar Bintang Nasyid Mu’min telah berjaya menobatkan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah menjadi menjadi juara.