Salam 1Keluarga semua, Ibnu K masih lagi memberikan update kepada aktiviti rayau yang dilakukan Ibnu K waktu di Labuan hari tu. Ibnu K berada di sana untuk aktiviti liputan Forum Belia Asean Tentang Kreativiti dan Inovasi 2011 selama tiga hari di sana. Kalau nak dikirakan penat, memang penat tak terkata, tapi secara keseluruhannya memang puas.
Okay, di Labuan hari tu, Ibnu K berpeluang pergi ke satu lokasi yang dikenali dengan nama Chimney di Pulau Labuan. Dikatakan chimney atau serombong itu sudah di bina berpuluh-puluh tahun dahulu menggunakan batu-bata yang diimport dari England. Namun, kegunaannya masih menjadi misteri sehingga hari ini.
Chimney yang terletak di Tanjung Kubong ini begitu cantik dan tinggi sehingga boleh dilhat dari jauh lokasinya yang berada hampir dengan persisiran pantai WP Labuan. Chimney ini didakwa diguanakan untuk aktiviti perlombongan arang batu di Labuan. Ia menggunakan 23,000 keping batu-bata merah yang diimport.
Terus baca entry ini










