LogoBlog

Pengundi Kerdau Mengundi Hari Ini

Dicetuskan pada by Dalam CUIT-CUIT | SILA KOMENLAH SIKIT  

Seramai 8,948 orang pengundi akan mula mengundi pada Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau di Pahang pada pukul 8 pagi ini. Semua diaorang ni berdaftar dengan SPR bermula dari kawasan di Desa Murni sehinggalah ke Jengka 23. Kawasan paling hujung dalam DUN Kerdau ni.

14 polis dan 36 orang petugas SPR dah pun mengundi Khamis lepas melalui sistem undi pos. Keputusan semuanya akan dijangka pada pukul 7 malam ini. Jadi, malam tadi di Kerdau ni hujan lebat sampai ke pagi. Mesti semua tengah tidur lagi dengan nyenyak kan.

Kami akan cuba bagi update peratusan mengundi setiap dua jam sepanjang hari ini ok. Pilihan raya kecil DUN Kerdau menyaksikan PAS akan lawan BN.

Butir-butir Pilihan Raya di bawah…

Kerdau Motorshow

Dicetuskan pada by Dalam CUIT-CUIT | 5 komen diberi

Bukan kata pilihanraya saja yang sedang berlangsung di Kerdau ni… Siap ada motorshow lagi. Tak sangka, orang-orang di Kerdau ni memiliki kenderaan yang mantap-mantap sampai boleh diadakan motorshow.

Semuanya design ada kelas dan antik pun ada. Motorshow ni berlaku di Pekan Kerdau yang sudah agak usang jugak keadaannya. Maklumlah pekan lama kan??

So inilah antara imej kenangan Kerdau Motorshow di Kerdau, Pahang ni…

Ni baru satu… tengok lagi dekat bawah… klik je..

 

 

 

Satu lawan Satu di DUN N28 Kerdau??

Dicetuskan pada by Dalam CUIT-CUIT | SILA KOMENLAH SIKIT  

Hari ini akan berlangsung proses penamaan calon Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau. Selepas borang dibuka untuk di beli mereka yang berminat untuk bertanding, hanya dua parti yang membeli borang pencalonan. Seperti pertandingan pada Pilihan Raya Umum 2008. Parti yang membeli borang ialah BN dan Pas.

Jadiknya, SPR jangka di Kerdau, Pahang. Akan terjadinya pertembungan satu lawan satu. Antara BN dan PAS. Pusat penamaan calon akan dibuka pada pukul 9 pagi hingga pukul 10 untuk mereka menyerahkan borang pencalonan. Kemudian, akan dibuka pula untuk bantahan sehingga pukul 11 pagi sebelum Pegawai Pengurus N28 Kerdau mengumumkan calon yang sah bertanding.

Jika borang mereka disahkan dan diterima maka akan terjadilah pertandingan dua penjuru di Kerdau ni yang terletak di bawah Parlimen Kuala Krau.

Siapa ya yang menawarkan diri nak bertanding??

(@Kerdau) Kerbau di Kerdau.. Memang BAHAYA!!

Dicetuskan pada by Dalam CUIT-CUIT | SILA KOMENLAH SIKIT  

Bahaya.. Bahaya betul.. Kalau ada makhluk ni boleh membawa kepada bahaya yang dahsyat. Itulah lumrahnya di beberapa jalan raya  di sekitar Temerloh dan Kerdau ni. Di sini, kami biasanya akan kembali ke rumah atau tempat penginapan lewat dari biasa. Dengan meeting dan pelbagai lagi aturcara yang perlu diikuti. Memang agak padat dan sukar nak merancang.

Jadi bila balik, terutamanya dari Kerdau ke Temerloh kami memandu di waktu malam. Jalan di sekitar kawasan di sini gelap dan bengkang-bengkok macam ular kena palu. Tambahan pulak banyak binatang yang dinamakan kerbau. Merata-rata di atas jalan di Kerdau ni.

Cak!!!

Kenapa lah kerbau ni sangat merbahaya di Kerdau??