Buat para pelabur dengan syarikat Genneva Malaysia, berita baik ada untuk anda kerana Bank Negara Malaysia (BNM) sedang mempercepatkan siasatan besar-besaran mereka untuk segera diselesaikan. BNM kini sedang merekodkan kenyataan pihak terbabit.
Mereka yang diambil kenyataan terdiri dari Pengarah, Pengurus Kanan Firma, ejen-ejen dan pelabur.
Kini syarikat itu sedang dianalisa secara terperinci dan menyeluruh terutamanya ke atas aset dan liabiliti syarikat terlibat.
Saya membaca makluman terbaru ini di laman mstar.com.my laporan oleh Regina Lee.










