LogoBlog

NASI GORENG UDANG PEDAS POWER (8 GAMBAR)

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam JALAN-JALAN ALAS PERUT | SILA KOMENLAH SIKIT  

Biasanya Ipoh juga turut menjadi tempat makan yang selalu orang kunjungi kan. Dengan Nasi Ganja, Nasi Vanggey, Laksa dan tidak kurang juga Mee Rebus Ramli yang menjadi kegilaan orang ramai. Bukan itu sahaja tau, di Ipoh terkenal juga dengan masakan Nasi Goreng Udang di sebuah gerai terletak seberang jalan berhampiran dengan Bangunan Perak Darul Ridzuan. Saya mula menikmatinya pada 2003 dan masih terpaut sehingga hari ini.




HOTEL REGAL LODGE TERBAIK DI IPOH

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUTI IBNU K | SILA KOMENLAH SIKIT  

Pasti ramai antara korang yang selalu datang ke Ipoh ibu negeri Perak Darul Ridzuan, Tak kiralah untuk melancong ataupun tugas. Mesti ada antara korang yang sukar mencari hotel untuk menjadi tempat penginapan korang. Saya ada satu hotel yang pasti korang akan berpuas hati. Hotel Regal Lodge di Ipoh. Terletak di tengah-tengah bandaraya Ipoh di sebelah Hotel Tower Regency yang juga merupakan hotel lima bintang.

Hotel ini hanya bertaraf tiga bintang. Tetapi perkhidmatan yang diberikan cukup terbaik. Cukuplah dikatakan televisyen di bilik Superiornya sahaja sudah LCD TV berjenama Sharp 32 inci. Memang puas hati. Biasanya di hotel, Mini Bar disediakan tetapi kita perlu bayar untuk dapat menikmati air Coke atau apa jenis pun dengan harga yang mahal. Di hotel ini, ada disediakan dua air tin Coke dan 100 Plus, satu potato chip dan satu Mamee Hot Cup dan ia percuma. Best kan?? Kira Mammee dan air yang disediakan cukup untuk korang kalau bermalam di sini.

Mula-mula menjejakkan kaki ke Regal Lodge saya terpegun dengan susun atur bahagian Receptionya. Apa yang menarik perhatian ialah pakaian seragam staf di Reception yang cukup elegant dan cantik. Macam gaya hotel lima bintang je Hotel Regal Lodge ni.

Inilah ruang Reception Hotel Regal Lodge ini. Pintu kecil di bahagian hadapan ialah laluan ke Restoran Candle Light yang cukup cantik reka bentuknya dengan para waitersnya memakai rantai berlampu biru di dada mereka menghantar makanan di dalam restoran yang gelap itu. Jika korang datang ke Ipoh, Perak eloklah datang dan cuba menginap di sini. Korang takkan menyesal. Di dalam bilik air sudah disiapkan gayung untuk memudahkan pelanggan mencebok apa yang patut. Jika duduk di dalam biliknya tak terasa seperti duduk di atas bangunan tinggi sebaliknya seperti duduk di dalam banglo yang comel sahaja.

Harga bilik Superiornya pada hari minggu juga berpatutan iaitu RM139 tanpa sarapan pagi. Sarapan pagi tu korang bolehlah menjelajah Bandaraya Ipoh untuk mendapatkannya. Lagi best daripada sarapan di hotel. Boleh dikatakan semuanya sama sahaja.

Teh”O”Suam : Kena try ni!!



[Kami Rekemen] Taman Rekreasi Gunung Lang Tenang…

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | 2 komen diberi

Ibnu K ada cadangan lokasi untuk anda lari membawa keluarga anda bersiar-siar jika takut terjebak dengan perhimpunan HARAM yang akan berlaku di KL pada 9 Julai ni. Lokasinya di Ipoh, iaitu Taman Rekreasi Gunung Lang. Taman ini terletak di Jalan Kuala Kangsar bersebelahan dengan Lebuhraya Utara Selata (PLUS). Memang tenang kalau lepak kat sini.

Tengoklah gunung-ganang yang ada di sekeliling kawasan Taman Rekreasi ni. Nampak kan bot tu?? Korang boleh menaiki bot itu hanya dengan bayaran RM3 pergi balik untuk ke satu kawasan taman rekreasi atau Zoo Mini di seberang sana dan boleh bersiar-siar, berkelah bersama famili.

Tapi, yang tu bukanlah tarikan utama orang ramai ke Taman Rekreasi Gunung Lang ni sebenarnya.. Tarikan sebenarnya ialah…..