Syukur, Bantu Adik Rayyan Penuhi Impian Naik BMW

Pada Rabu lepas saya membuat liputan program Kelab Mthusiast BMW Club meraikan keinginan adik Muhammad Rayyan Azhar yang ingin menaiki kereta jenis BMW yang mewah Baca entri sepenuhnya.

Pisang Cheese Jakarta Yang Sedap... Kalau Tak Makan, Rugi...

Khamis lepas, saya sempat merasa sajian goreng pisang yang dihasilkan oleh seorang usahawan muda yang begitu berpotensi dalam bidang makanan gerai. Saya berjumpa Arus Sulaiman yang berusia 31 tahun dan seorang pemilik jenama Pisang Cheese Jakarta yang sedap. Kami berjumpa di Baca entri sepenuhnya.

Orang Cacat Itu Sebenarnya "SPECIAL EDITION" Dari Allah

Manusia sekarang ini sesekali saya terfikir, adakah kita sudah hilang pertimbangan jiwa dalam memberikan kasih sayang kepada manusia Baca entri sepenuhnya.

Peritnya Sakit Yang Ditanggung Si Kecil Ini

Bagaimana pula jika perbuatan sama dilakukan ke atas seorang kanak-kanak berusia baru enam tahun yang tidak mampu membalas balik, sebaliknya hanya mampu Baca entri sepenuhnya.

Grilled Ostrich Di Melaka Raya Yang Lazat

Haiwan spesis sama itu juga sudah diketahui diternak di beberapa lokasi di negara kita. Antara tempat yang boleh dilihat burung unta ialah di PD Ostrich Farm di Port Dickson, Negeri Baca entri sepenuhnya.

Ikan Patin Lagi…

ENTRI DITERBITKAN PADA by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | 2 komen diberi

Bulan puasa dan Ramadhan ni pastinya bermacam-macam lauk sudah menjadi pilihan korang untuk berbuka puasa mahupun bersahur. Ikan Patin pastinya tidak ketinggalan menjadi salah satu hidangan yang pasti menjadi pilihan korang. Tapi biasanya di tempat korang ada ke dapat bekalan Ikan Patin yang diternak di sungai dan segar serta dapat dibeli dengan harga yang berpatutan.

Jadi, Ibnu K pun buatlah video “Jalan-Jalan Ibnu K” episod ke-2 dengan menjenguk Kedai Ikan Patin milik Saiful Fazly atau Along di Temerloh yang membekalkan Ikan Patin yang segar dan berkualiti.

Along dengan Ikan Patin seberat kira-kira 7 kilogram yang diternak di dalam sangkarnya di Temerloh ni. Kalau ikan besar ni buat Masak Tempoyak Ikan Patin sedap ke?? Ada kata tak sedap kalau ikan itu bersaiz besar disebabkan usianya yang sudah tua. Jadi dalam video tu diceritakan lah harga dan tempoh masa yang sudah diambil Along untuk memelihara ikan-ikan ini.

Nak tengok video dia??

Slurrpp Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak

ENTRI DITERBITKAN PADA by Dalam CUIT-CUIT | 3 komen diberi

Alhamdulillah, kira-kira pukul 4.35 petang kami pun tiba di Temerloh. Kira-kira 20 kilometer dari destinasi sebenar kami di Kerdau. Kerdau ni terletak dalam perjalanan ke Jerantut. Keluar LPT di Tol Temerloh, terus ke kiri. Sampailah ke Kerdau. Dalam Parlimen Temerloh. Semuanya gara-gara Pilihanraya kecil DUN N28.

Bila dah dekat dengan Temerloh, ikan patin masak tempoyak lah yang dicari ramai daripada rakan-rakan kami yang berada di sini. Sebaik sampai perut kami pun lapar. Di tempat kami menginap banyak kedai makan. Kami cadang nak makan kat semua kedai tu satu persatu. Tamak tak!! Tapi bukanlah dalam tempoh semalaman. Sepanjang 2 minggu kami di sini. Sempat kot…

Inilah yang bakal mengalahka artis glamour di Temerloh sepanjang tempoh Pilihanraya ni. Lapar je cari ikan patin, lapar je patin. Rasanya yang enak, masam dan pedas tu memang mengecurkan air liur korang yang membaca ni. Bukan korang je, tukang conteng ni pun sama. Air liur dah meleleh dah ni.. Hahahaha….

Ada macam-macam versi ikan patin masak tempoyak ni. Ada yang masak pakai cili padi dan ada yang masak pakai cili merah. Jadi, mungkin ada yang nak merasa masakan ni. Kami cuba dapatkan resipi menakjubkan ini daripada mereka yang pakar di Temerloh ni.

Jom belajar macam mana nak masak patin ni…

Klik di bawah untuk sambung baca….