LogoBlog

RESIPI : IKAN BAKAR TOMYAM

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | SILA KOMENLAH SIKIT  

Ikan Bakar sekarang sudah dicipta resipi dengan bermaca-macam jenis. Ada yang bakar kosong hanya dengan kunyit dan garam. Ada yang bakar bersambal. Kali ini saya nak kongsikan Ikan Bakar Tom Yam yang rasa dia memang mengancam macam rasa Tom Yam tu. Sedapnya. Korang nak tau macam mana nak buat ke?

Kalau nak belajar resipi ini, Korang Klik SINI.

Teh”O”Suam : Jangan lupa support blog AlasPerut.Com ya…



JALAN-JALAN ISI PERUT : GERAK 21, IKAN BAKAR KAMPUNG BARU

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam JALAN-JALAN ALAS PERUT | SILA KOMENLAH SIKIT  

Untuk entry  Jalan-Jalan Isi Perut seterusnya ialah di Kampung Baru sahaja tak jauh. Saya yakin ramai yang mengenali lokasi ini dan sememangnya ia menjadi tumpuan korang untuk lepak pada waktu makan tengahari atau makan malam. Gerai ini terletak betul-betul di depan Pintu Gerbang Kampung Baru berhadapan dengan SMK Puteri Wilayah.

Inilah gerainya, Restoran Noorizan Gerak 21, Ikan Bakar Kampung Baru. Restoran ini biasanya beroperasi 24 jam dan khasnya pada waktu tengahari dan malam. Ramai yang lepak di sini bersama rakan-rakan menikmati sajian Ikan Bakar yang memang sedap dan kaw-kaw. Antara ikan yang boleh anda nikmati dengan kadar harga yang berpatutan ialah Ikan Keli, Ikan Terubok, Ikan Kembung, Ikan Pari dan Ikan Cencaru. Memang sedap kan. Kalau masa lunch boleh datang awal, korang dinasihatkan datang awal. Kot kot nanti dah ramai sangat, beratur panjang.

Resipi : Ikan Talapia Merah Panggang Kukus… Sedapnya!!

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | SILA KOMENLAH SIKIT  

Lama sudah saya tidak berkongsi dengan anda resipi kan? Siapa suka makan ikan sungai. Kali ini saya nak kongsikan resipi menggunakan Ikan Talapia Merah. Biasanya terdapat banyak di area Pahang di daerah Temerloh. Resipi kali ini macam yang korang baca dekat atas tu lah Ikan Talapia Merah Panggang Kukus yang Ya Allah sedapnya!!

Gambar tu menunjukkan keenakannya kan. Itulah hasilnya lebih kurang selepas korang memasaknya mengikut resipi yang saya nak kongsikan ini. Jom kita mulakan!!

Bahan-Bahan

  • 3 ekor Ikan Talapia Merah (lebih sedap kalau dibeli dari sangkar bukannya kolam)
  • Daun pisang secukupnya (boleh dibeli d Chow Kit atau Pasar Keramat)
  • Kertas aluminium secukupnya untuk membakar ikan.
  • Garam secukup rasa.

Bahan Cecahan

  • 1 biji bawang merah
  • 2 biji cili merah
  • 10 biji cili pagi (kalau nak pedas, boleh tambah lagi)
  • 1 biji limau nipis
  • 1/4 cawan kicap manis atau masin terpulang pada citarasa anda.

Cara Membuatnya

  1. Ikan Talapia Merah disiang elok tapi jangan dipotong, Basuh dan toskan air basuhan ikan tu kemudian gaulkan ikan tersebut dengan garam secukupnya.
  2. Bentangkan kertas aluminium tadi dan bentangkang daun pisang di atas kertas aluminium itu, Susun ikan berkenaan di dalamnya dan bungkus kemas-kemas. Pastikan korang susun dan bungkus Ikan Talapia Merah tu satu persatu bukannya bungkus sekali tiga. Itu lebih baik.
  3. Panggang ikan sehingga masak sehingga 30 minit. Boleh guna oven, kuali tanpa minyak atau pun bara api.
  4. Sementara itu, mayangkan halus atau cincangkan bawang besar, cili merah dan cili padi. Masukkan ke dalam bekas, tuangkan kicap dan perahkan air limau nipis ke dalamnya. Gaulkan sebati dan sesuaikan rasanya. Hidagkan ikan dengan bahan pencecah yang disediakan tadi.
  5. Jangan terlebih panggang melebihi 30 minit sebab mungkin ikan itu nanti akan berwarna hitam dan kulitnya akan berasa pahit.

Kemudian, bolehlah dihiaskan dengan kreativiti Masterchef anda sendiri dan anda boleh hidangkan untuk keluarga atau untuk anda makan seorang diri. Terpulang. Harap ia membantu.

Teh”O”Suam : Kau ni buat air liur aku meleleh lah bro.. Jom masak!!



Resipi Ikan Bakar Bersambal.. Sedapnya…

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | 2 komen diberi

Tibalah kita sekali lagi tahun ni menyambut bulan Ramadhan ya. Bulan yang penuh keberkatan dan di sinilah juga kita berebut-rebut untuk mendapatkan kebaikan satu malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu Malam Lailatul Qadar. InsyaAllah, mudah-mudahan kita semua akan dapat memilikinya. Okay, untuk Ramadhan, Ibnu K nak berkongsi satu lagi resipi juadah berbuka yang pasti menjadi antara kegemaran ramai.

Resipi kali ini yang Ibnu K nak kongsikan ialah Resipi Ikan Bakar Bersambal. Pastinya ramai yang tau hidangan ni biasanya disediakan di kedai-kedai makan tersohor, atau medan ikan bakar yang menjadi kunjugan ramai kan…

Jadi kira macam ginilah rupanya antara yang dimasakkan untuk hidangan kan?? Jadi, kepada tukang masak yang membaca blog ni.. Sila ambil resepi yang Ibnu K dapatkan dari mereka yang pakar dan pernah membuka gerai ikan bakar.

Bahan-Bahan :-

Se-ekor ikan bersaiz besar, dilumur sedikit garam dan asam jawa (untuk hilangkan baunya sikit)
Bawang Besar, dimayang
Bawang Merah, dimayang
Bawang Putih, diketuk (kalau semua nak diblendkan pun elok jugak.. lebih sedap rasanya)
Halia, diketuk
Serai, diketuk (dititik sikit pun ok jugak)
Lengkuas, dimayang
Cili kering, direndam dan dikisar dgn sedikit air
Santan
Air Asam Jawa
Garam & Gula Merah secukup rasa

Langkah-langkah memasaknya :-

  1. Tumis semua bawang, halia, serai dan lengkuas.
  2. Bila hampir layu, masukkan cili kisar. Kacau seketika, masukkan air asam jawa.
  3. Masak sehingga likat dan naik minyak.
  4. Perasakan dengan garam dan gula merah.
  5. Masukkan sedikit santan dan masak sehingga santan meresap dan hilang warna putihnya.
  6. Lapikkan dulang pembakar dengan  daun pisang.
  7. Lumurkan sambal ke atas ikan dan bakar dalam oven sehingga masak.
  8. Sesekali lumurkan lagi sambal.

Tips : Untuk anda membakar ikan, biasanya dalam tempoh 30 minit ikan itu sudah pun siap dibakar atau dimasak dan siap untuk dihidangkan dan di makan. Itu untuk saiz sederhana contohnya Ikan Siakap saiz sederhana. Namun, kalau ikan yang dibakar saiznya besar seperti Ikan Siakap yang dipancing eloklah dilanjutkan sedikit dalam 15 minit begitu. Untuk pastikan isinya betul-betul masak. Atau cara biasa, check sama ada isinya sudah boleh bercerai dari tulang.

Resipi ni diperolehi dari makcik Ibnu K yang pernah membuka gerai di Pulau Pinang dan serba sedikit tips dari Ibnu K sendiri. Kalau ada yang nak bertanya bolehlah email kat Ibnu K.. Alamatnya : ibnukhusairy@gmail.com

Ibnu K : Nanti ada resipi lagi Ibnu K akan kongsikan…

[Kami Rekemen] Ratah Ikan Bakar di Alai!!

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | 1 KOMEN

Jom pakar makan ikan bakar sekalian, Ibnu K ada tempat best yang pasti mengliurkan korang jika korang pergi sendiri ke tempat itu. Kalau orang cerita pasal ikan bakar ni, biasanya lokasi yang biasa dituju berhampiran dengan KL ialah Umbai dan Serkam kan?? Berduyun-duyun kereta menuju ke sana. Tapi ada satu lagi lokasi di Melaka yang pasti menawan hati dan mungkin lebih hebat dan lazat daripada Umbai tu, Korang tau tak Medan Ikan Bakar Alai.

Terletak lokasinya kira-kira 8.7 km dari bandaraya Melaka iaitu Banda Hilir, mudah sahaja nak pergi. Anda perlu ikut Jalan Kandang menghala ke Alai, tak pun tanya je orang kat sana. Ibnu K yakin, korang mesti sampai ke lokasi di tuju.

Ibnu K cerita pasal warung  ni lepas ni.. Ni antara seleksi ikan, sotong, udang dan hidupan laut yang disajikan di salah satu kedai di Alai ni…