Pada 20 Mac lepas, telah diadakan sidang media melancarkan Teater Muzikal Gerimis Mengundang di Istana Budaya untuk memperkenalkan barisan tenaga karya teater arahan Ahmad Idham dan diterbitkan oleh eRama Creative dan Excellent Pictures.

Pelakon utama teater itu Kamal Adli dan pelakon Indonesia yang juga pelakon sinetron Nada Cinta Mikha Tambayong turut hadir pada sidang media itu. Pengarah Ahmad Idham turut menjelakan beberapa aspek istimewa yang bakal muncul pada pementasan teater ini yang bakal berlangsung bermula 27 Mac hingga 8 April depan. Salah seorang penerbit Teater Muzikal Gerimis Mengundang ialah Datuk Md Afendi Hamdan yang juga Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Turut dipertontonkan kepada para media ialah petikan lagu dan persembahan tarian oleh penari dan artis yang bakal muncul pada pementasan itu nanti yang akan bermula minggu depan sahaja. Pengarahnya Ahmad Idham berkata pementasan teater itu nanti bakal mendapat sambutan hebat dari penonton walaupun masih belum dipersembahkan kepada orang ramai.

Beliau yakin berdasarkan reputasi teater muzikal Impak Maksima yang pernah mendapat sambutan hangat penonton sebelum ini yang juga dipentaskan di Istana Budaya. Dengan kos kira-kira RM1.2 juta, ada kejutan yang dijanjikan oleh Ahmad Idham ditambah dengan penampilan yang lebih moden, mempunyai aksi gerak tari dan menampilkan artis-artis remaja. Selain Mikha artis dari Singapura turut akan beraksi di dalam teater ini bersama-sama dengan Kamal Adli iaitu Shenthy Feliziana.
Teater muzikal Gerimis Mengundang berkisar mengenai kisah cinta Zamani, seorang juruterbang muda yang berhadapan dengan kemelut percintaan dua orang gadis yang meminatinya.
Tiket-tiket menyaksikannya masih dijual dengan harga RM35, RM55, RM75, RM95, RM125, RM185 dan RM305.
Susun atur tempat duduk di dalam Panggung Sari boleh dilihat di gambar di bawah dengan harga yang dikenakan.

Korang akan lebih jelas dengan harga yang dikenakan dan di mana korang akan duduk selepas membeli tiket. Tiket boleh di beli di www.ticket2u.biz. Saya berani jamin anda bahawa korang takkan menyesal punya menonton Teater Muzikal Gerimis Mengundang ini. Standby jugak kerana filem Gerimis Mengundang juga bakal menemui penonton di pawagam pada 31 Mei depan.


Teh”O”Suam : Tak sabarnya nak tengok