LogoBlog

[Kami Rekemen] Mandi Lumpur di Gua Angin!!

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | SILA KOMENLAH SIKIT  

Salam 1Keluarga, semalam baru Ibnu K selamat sampai di KL selepas menghabiskan kursus khas bersama dengan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan di Felda Residence Tekam di Jerantut Pahang. Ibnu K nak rekemen aktiviti best lagi kat korang yang sukakan outdoor adventure. Atau cabaran luar. Korang kena try masuk Gua Angin di Taman Warisan Kota Gelangi di Jerantut ni.

Inilah adalah Gua Batu Bersanding yang dibawa oleh guide kami pada mulanya. Menurut beberapa riwayat, ada sepasang batu berbentuk seperti orang sedang bersanding lengkap dengan hiasan pelaminnya sekali seperti burung, singa yang berada dalam gua ini. Gua ini adalah rantaian dari Gua Angin tempat kami memasuki gua pada mula-mulanya.

Banyaklah aktiviti yang Ibnu K lakukan dalam proses menjelajahi gua ini..




Terus baca entry ini..

[Kami Rekemen] Felda Residence Tekam, Jerantut

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | 2 komen diberi

Salam 1Keluarga semua.. Mulai hari ini sehingga Ahad, Ibnu K akan berada di Hotel Felda Residence Tekam di Jerantut Pahang ni untuk kursus khas bersama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan untuk menjadi lebih cemerlang dari biasa sebagai seorang manusia..

Kali pertama menjejakkan kaki ke resort ni Ibnu K dah terpegun dah.. Memang best.. tengoklah sahaja bentuk unik bangunan receptionnya.. Dengan rekabentuk menarik dan susunan landskap yang indah.. Ibnu K rekemen anda supaya bercuti ke Felda Residence Tekam ni di Jerantut.. Dekat-dekat dengan Jeti Taman Negara di Kuala Tahan.

Dengar khabarnya, esok kami akan dibawa berakit di Sungai Pahang. Tak sabarnya nak tunggu esok. Kena bangun pagi untuk senaman pukul 6.45 pagi.




Teruskan baca entry ini…

Teruja ke Felda Residence Tekam, Jerantut

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | 2 komen diberi

Salam semua.. Hari Jumaat ni Ibnu K akan berada di Jerantut, Pahang sampai hari Ahad. Bukan berjalan-jalan tetapi ada event dengan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan di Hotel Felda Residence Tekam. Memang terujalah Ibnu K selepas terpilih menyertai event itu di sana. Akan berada di sana pada petang selepas selesai Solat Jumaat.

Lepas Ibnu K cari-cari di internet berkenaan Tekam ni banyak jugak maklumat yang jumpa. Yang pasti, tempat yang akan Ibnu K diami selama tiga hari tu, cantik jugak kan. Memang tak pernah sampai lagi ke sana.

Inilah rupanya Felda Residence Tekam, tak sabar Ibnu K nak ke sana.. Huuhh…

Ibnu K : tenang je lihat sekeliling kawasan hotel