LogoBlog

(5 GAMBAR) FOTO DISEBALIK TABIR PM DI RUSSIA

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam GAMBAR | 4 komen diberi

Beberapa hari lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berada di Vladivostok, Russia untuk menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC). Perdana Menteri sentiasa dikenali dengan sikapnya yang sempoi dan santai serta gemar berkongsi gambar istimewa beliau di mana-mana jua.

Kali ini Datuk Seri Najib tidak keberatan berkongsi foto ketika beliau di Vladivostok ketika membuat persediaan untuk menghadiri persidangan itu.




PM NAJIB RAZAK TERHARU….

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | SILA KOMENLAH SIKIT  

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini terharu sangat dengan sambutan yang diterimanya di alam maya terutamanya Facebook dan Twitter. Dengan followers Twitter yang sudah melebihi 500,000 dan Like di Page Facebooknya yang sudah hampir mencecah 1 Juta, DS Najib hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua followers dan pengklik “Like” di laman Facebooknya.

Petikan laman Facebooknya di atas menunjukkan betapa terharunya beliau melihat sokongan yang diterima dari rakyat Malaysia kepadanya. Beliau turut membuka cadangan dari rakan online untuk mencadangkan apa yang boleh dilakukan kepada followers ke 500K dan Pengklik Like yang ke 1Juta.

Kini, Like di Facebook DS Najib sudah berjumlah 977,276 dan pastinya akan berubah manakala Followers Twitternya sudah berjumlah 489,549 Followers. Tahniah saya ucapkan kepada Datuk Seri, terus lah bertenaga dan mengekalkan stamina untuk memimpin Malaysia sampai ke destinasi awal iaitu Malaysia 2020. Para pengikut Datuk Seri berdiri teguh di belakang pimpinan anda. Yang lain, moga diberikan kesedaran, taufik serta hidayah untuk kembali ke jalan yang betul menuju wawasan negara.

Teh”O”Suam : Syabas Datuk Seri…



Facebook Digi Party One Utama Best!! Tapi…

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | 4 komen diberi

Salam 1Keluarga semua, malam tadi Ibnu K attend satu parti untuk Facebook dan Digi angels di One Utama, sebelah luar berhampiran dengan butik A|X. Parti bermula kira-kira pukul 8 malam memang best!!! Buat kat luar, memang happening sangat. Kalau dalam Facebook, kira-kira 111 orang dijangka hadir.

Hensem tak Ibnu K posing di Wall yang disediakan khas untuk bergambar. Nasiblah Ibnu K pergi sana pun sorang je. Majlis itu sepatutnya berlangsung kira-kira dua jam lebih sehingga pukul 11 malam lah rancangnya.




Terus baca entry ini..

Bila Ben Ashaari Yang Mintak

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | SILA KOMENLAH SIKIT  

Hari kami dimulakan dengan berita yang membuatkan saya tersedak ketika meminum air dan juga tercekik ketika makan. Sebaik laptop menyala dan sebaik talian internet tanpa wayar disambung, dan sebaik Facebook di sign in.. Saya lihat di ruangan request friend ada seorang insan yang tidak disangka-sangka yang request untuk add Ibnu K…




Ben Ashaari…. Huh… dengan pantas saya klik accept request… Hahahaha.. Tak sangka betul blogger seperti Ben Ashaari sudi nak berkawan dengan kami. Bukanlah kami mengatakan Ben Ashaari sombong tetapi mungkin tinggi kami ni tak ternampak dek beliau sehingga boleh Ibnu K dan Ben Ashaari adalah friends di Facebook.

Gambar inilah yang digunakan sebagai profile pix Ben Ashaari di laman Facebooknya. Rasa gembira jugak sebab ada blogger otai yang add saya sebagai rakan dalam FB. Saya dan skuad ibnukhusairy.com mengkagumi blog benashaari.com  kerana penampilan yang simple dan mudah difahami serta lucu.

Terus baca contengan ini