Bekas penyerang Chelsea dan Arsenal, Nicolas Anelka menafikan gossip-gossip manja bahawa beliau akan kembali ke Liga Inggeris dan bertegas akan menamatkan karier bolasepaknya di kelabnya di China Shanghai Shenhua.
Anelka yang kini sudah berusia 33 tahun yang kini sedang digossip akan berpindah ke Kelab Queens Park Rangers milik Tan Sri Tony Fernandez atau West Ham United sedang mengalami sedikit kesukaran di sana sejak menyertai skuad itu dalam kontrak selama dua tahun Disember lalu.
Beliau kini hanya menjaringkan dua gol sahaja untuk Shenhua, sedang bertungkus-lumus pulih dari kecederaan. Beliau juga turut diberikan peranan sebagai jurulatih selepas Jean Tigana dipecat sebelum diberikan jawatan itu kepada Sergio Batista tidak lama selepas itu.
Bagaimanapun, beliau menafikan khabar angin ribut bahawa beliau akan meninggalkan kelab itu selepas memberitahu Oriental Sports Daily yang dia cukup komited dengan kelab itu untuk seluruh karier bola sepaknya da teruja bakal menerima rakan sepasukan juga dari Chelsea Didier Drogba.
“Saya tak akan kembali ke Liga Perdana Barclays, satu hari nanti bila saya meninggalkan Shenhua, ia adalah hari untuk saya bersara,” kata Anelka.
p/s : Anelka suka amoi China kot… Hahaha







