LogoBlog

Cuit Artis : Cair Tengok Si Sarimah Ibrahim

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | SILA KOMENLAH SIKIT  

Sedang saya melayan kebosanan hari ini untuk menunggu bermulanya Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) tadi. Dengan cuaca yang sekejap hujan sekejap tidak, sesekali saya melayan Twitter saya melayan Timeline, membalas beberapa pertanyaan rakan-rakan twitter. Saya tau Hos terkenal dan cantik Sarimah Ibrahim mungkin sedang bercuti di sebuah lokasi yang mempunyai pantai.

Tiba-tiba di TL Sarimah, dia mengucapkan selamat malam dan mahu mula menikmati makan malam di tepi laut. Dihantarnya sekali gambar beliau dengan senyuman manis dan cantik sangat bila tengok dia… Huh.. cair saya… Hahaha..

Sweet kan si Sarimah ni, alahai…manisnya.. Apa pun kepada Sarimah Ibrahim yang sedang bercuti di mana-mana lokasi yang saya tak tau. Selamat bercuti dan menenangkan fikiran…

Teh”O”Suam : Alahai….



Akuarium Ikan

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | 1 KOMEN




Hai semua.. hari Ahad sebegini memang best rehat n relaks kat rumah sambil menonton TV dan mengunyah jajan kan. Tenang je fikiran rasa. Walaupun sesekali mungkin ada fikirkan tentang problem keja, awek dan beberapa hal lain, tapi masa ni lah nak lupakan semua yang mengusutkan kepala.

Bagi Abg Ibnu, di rumah setiap waktu cuti pastinya menghadap ikan-ikan di dalam Akuarium seluas 2.5 kaki di ruang tamu rumah Abg Ibnu di Setapak ni. Melihat mereka berenang, melupakan seketika masalah yang dihadapi setiap hari waktu kerja.

Memang Abg Ibnu minat set up akuarium menggunakan tumbuhan air semulajadi. Tak main la yang plastik. Heheheh.. walaupun kos dan menjaganya renyah tetapi pengalaman melihat secara dekat setiap hari memang berbaloi. Rasa tenang saja. Kalau sesiapa yang berminat nak set-up akuarium yang macam ni boleh je roger  Abg Ibnu.

Kita sama-sama tambah ilmu belajar pasal benda ni. Bila balik kerja, boleh rehat sambil tenung akuarium… Memang rileks…..

Terus baca contengan ini..