LogoBlog

AMBIGA NAK MAAFKAN PERASUAH

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | SILA KOMENLAH SIKIT  

Saya bertugas hari ini di pejabat untuk menyelesaikan beberapa perkara tertentu. Berita di Berita Minggu betul-betul mencubit hati saya. Terus mengerang kesakitan di dalam hati. Kenyataan di atas bukan dibuat oleh saya tau. Siapa nak tau?? Datuk S Ambiga, pejuang Bersih 2.0, untuk menuntut pilihan raya yang bersih. Menurut laporan akhbar itu,

Ambiga membuat syor itu pada Konvensyen Pakatan Rakyat di Stadium Sultan Abdul Halim Alor Setar. Katanya langkah itu dikemukakan supaya mudah Pakatan Rakyat menjejakkan kaki ke Putrajaya selepas memenangi pilihan raya.

Yang saya sakit hati dengan statement Ambiga pada ucapannya itu ialah, dia cakap kita mesti hukum perasuah besar tetapi mesti maafkan perasuah kecil. Apa motif dia?? Jika perasuah besar terdiri daripada Tan Sri, Datuk chairman syarikat dan juga KP beberapa agensi kerajaan, perasuah kecil sebenarya terdiri dari anggota keselamatan, kakitangan awam rendah dan juga kemungkinan juga yang melibatkan wang rasuah kecil. Jika diampunkan tak mustahil mereka akan menganggap rasuah tu boleh dilakukn kerana mereka dimaafkan.

Punyalah galak Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim tu canang nak perang korup UMNO, rasuah BN, last-last si Ambiga ni pulak nak cadangakn maafkan perasuan. Memang di dalam Pakatan Rakyat ni carca marba lah usul dan cadangan-cadangan yang ada. Korang kalau ada yang sokong Pakatan Rakyat ni mesti makan banyak panadol hari-hari kan sebab kejap cakap macam ni, kejap cakap macam tu, kejap cakap macam ni.

Dah lah semalam, Anwar ketika menjawab soalan seorang wartawan asing mengatakan undang-undang melarang homoseksual di negara ini padanya sudah lapuk dan perlu dikaji semula. Sokong pulak dia!!!

Teh”O”Suam : Makin berputar kepala aku ni



BERSIH 2.0 Langgar Perlembagaan Persekutuan

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | 2 komen diberi

Pastinya korang banyak menonton video Perhimpunan Haram Gabungan Pilihanraya Adil dan Bersih (BERSIH) yang diadakan di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu. Banyak juga dengar di mulut-mulut mereka yang dtahan mempertahankan sekuat-kuatnya bahawa mereka ada hak untuk berhimpun dan bebas bercakap serta bersuara. Tapi sebenarnya itu lah helah pembangkang menipu para penyokongnya dengan hanya menekankan pada Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan sahaja. Tanpa sedikitpun melihat pada ayat Perkara 10 (1) iaitu Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4).

Perkara 10 Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpesatuan.

(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4) —

(a) Tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara

(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata

(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.

Tengok pada Fasal (2) (a) dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang menunjukkan BERSIH 2.0 melanggar Perlembagaan. Memang lah dalam Perlembagaan boleh berhimpun dan bebas bersuara tetapi katanya  ialah …ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1) apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,hubungan baik dengan negara-negara lain, KETENTERAMAN AWAM, atau prinsip moral dan sekatan-sekatan bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah atau pengapian apa-apa kesalahan.

Jelas bahawa kerajaan dengan PDRM melakukan seawajarnya mengikut  Perlembagaan untuk menyekat perhimpunan BERSIH 2.0 yang tegas mahu dijalankan di jalanan yang pastinya akan menggugat keamanan dan keselamatan. Ada logik ke? Kalau dah beratus ribu orang berhimpun di jalanan, keselamatan dan keamanan boleh terkawal. Jalan sure “traffic jam” dah terjejas dah keselamatan awam.




Ibnu K Jumpa Pakcik Depan Sogo Semula!!

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | 10 komen diberi

Jumaat, Ibnu K pergi ke Sogo untuk menjejaki pakcik itu. Misi itu dijalankan sebab memang Ibnu K berniat nak cari pakcik tu semula dan mendengar apa lagi ilmu yang beliau ada. Perkongsian awal, di yotube berkenaan pakcik itu secara tak sengaja menjadi fenomena dalam alam siber sehingga views di youtube pada pukul 12.00 malam mencecah 117,462 views.

Langkah Ibnu K diatur sebaik Solat Jumaat tamat, sampai di sana kira-kira pukul 2.45 petang dan terus pergi ke tempat di mana segalanya bermula.. Tetapi Pakcik Depan Sogo tiada.. Jadi, Ibnu K bertanyakan pada penjual air di depan Sogo betul sebelah dengan tempat pakcik itu selalu duduk.  Abang tu bagitau, Pakcik tu akan datang dari arah Jalan Raja Laut kerana dia duduk di Kampung Baru menyewa!! Pakcik akan datang dalam petang, kira-kira pukul 4 ke atas.

Ibnu K kemudian berjalan kaki sampai ke Jalan Raja Laut manalah tahu kalau-kalau pakcik tu baru bergerak dari rumah nak ke Sogo, mungkin boleh terserempak dengannya.

Tapi segalanya hampa.. Ibnu K terus berjalan kaki sekitar kawasan Sogo, Masjid Jamek dan Jalan Tuanku Abdul Rahman tetapi Pakcik Depan Sogo tiada!!

Ibnu K terus tunggu di depan Kompleks Sogo sampai dekat kira-kira pukul 6 petang. dan Ibnu K agak terkeliru dengan apa yang Ibnu K tengok!!




Musyawarah Itu Utama….

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | 4 komen diberi

Maaf andai kata ada yang terganggu mendengar dan menonton video Pakcik Depan Sogo tatkala munculnya tulisan ini. Ibnu K cuma nak beri penjelasan terutamanya selepas membaca banyak komen dalam youtube yang sudah menyimpang jauh. Ramai jugak rupanya yang menyangkal apa yang pakcik ni cakap tetapi sebaliknya mempertahankan demonstrasi yang berlaku di KL sebagai cara menegur kerajaan yang zalim!! kata mereka…

Ini antara komen yang Ibnu K rasa tak relevan langsung dengan entry ini!! Oleh windofchangess tu.. Apa tujuan dia komen macam tu.. Tapi biarlah segelintir sahaja daripada ramai yang menyetujui pakcik tu. Ibnu K tak kecewa sebab itu adalah laman untuk korang berdebat dan berbincang demi kepentingan negara dan sosial. Tetapi apa mesej Ibnu K nak sampaikan ialah… Seteruk mana pun kerajaan kita, sebenarnya kita TAK ADA HAK memerangi kerajaan sekarang dengan kekerasan atau demonstrasi yang kemungkinan akan mewujudkan huru-hara.

Tengok pulak apa yang zulmalc kata :-

Ada lagi.. sambung baca ya..




Tak Sempat Ku Tanyakan Nama Mu..

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | 1 KOMEN

Ibnu K mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sudi menonton dan mengambil iktibar bersama apa yang Pakcik Depan Sogo cakap dalam video yang Ibnu K rekod dan postkan di laman youtube itu ya. Terkejut Ibnu K kerana video itu telah menarik kira-kira 10,630 views sejak Ibnu K muat naik video itu semalam.

Dengan view sebanyak itu jugaklah banyan komen yang positif Ibnu K terima dan tidak kurang juga ada spesis manusia yang boleh kritik apa yang pakcik yang tahap semarhaen itu pun boleh kata. Setelah dirisik, menurut ayah Ibnu K Pakcik Depan Sogo memang duduk di kawasan situ sejak dulu lagi. Kenapa dia jadi macam tu, Wallahualam. Nak kata tak siuman pun tidak, nak kata siuman pun susah.. Yang penting dia dah menyedarkan ramai sangat orang.

Apapun, Ibnu K harap sangat kepada korang doakanlah pakcik ni dapat hidup yang sejahtera dan terus diberkati Allah serta dipelihara jalan-jalannya di depan Sogo tu. Kalau ada yang cuba mendekatinya, cubalah pujuk dia dan berkawanlah, jangan korang lekehkan dia pulak. Ibnu K percaya korang takkan buat begitu.

Ibnu K nak cerita pasal komen-komen youtube yang Ibnu K terima… sambung baca ya..




Di Depan Sogo…. (Original Story)

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | 72 komen diberi

Ibnu K hari ini bersiar-siar di sekitar Jalan TAR di KL untuk meninjau keadaan selepas perhimpunan haram pihak BERSIH 2.0 semalam. Alhamdulillah, keadaan sudah kembali aman dan hidup dengan kebanjiran orang ramai hadir membeli-belah di sekitar kawasan tu.

Tapi, pakcik ini menarik betul perhatian Ibnu K dengan apa yang dibuat dan apa yang dicakapkan olehnya. Walaupun, imej pakcik ni wujudkan persepsi pada sesetengah orang, tetapi ilmu dan mesejnya jelas serta terang umpama mendengar amanat penting. Ibnu K pun tak dapat sangkalkannya malahan rasa malu dan terharu orang seperti pakcik ni sering di salah anggap.

Lihat lah sahaja, tulisan ayat suci Al-Quran yang dinukilkan oleh pakcik ini yang enggan memberitahu namanya dengan alasan beliau tak mau diberikan publisiti. Ibnu K dikatakan tidak layak untuk berbicara dengannya pada ketika tadi. Nasi yang Ibnu K belikan kepada pakcik ini pun ditolak mentah-mentah. Ibnu K tak kisah, hanya niat untuk membantu beliau.

Menurut pakcik ni, dulu dia tinggal di Malay Mansion di tingkat 13 di bangunan yang berketinggian 14 tingkat. Kemudian, rumahnya dirobohkan demi projek membina pusat membeli belah Sogo. Di hadapan Sogo, menurut beliau, ada klinik di mana PM pertama kita Tunku Abdul Rahman membuat pemeriksaan mata…

Pakcik, mudah-mudahan Pakcik sihat… jom kita dengar apa pakcik ni nasihatkan kita…

Risik-risik, ada entry pasal Pakcik Depan Sogo di blog lain di blog haziqah nasirah di link itu.. BUKTI!!! Pakcik Depan Sogo bukanlah SB, MIO atau pegawai di mana-mana pasukan berkuasa… Pakcik ini memang tempat tinggalnya di SOGO.. Disitulah tempat dia berteduh siang dan malam…

Lepas ni ada lagi cerita pasal Jalan TAR…




Kenapa Kita Mudah Lupa??

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | SILA KOMENLAH SIKIT  

Betul ke kita ni mudah lupa?? Betul!! Terutamanya mereka yang tinggal di ibu kota yang sudah besar dan maju seperti Kuala Lumpur. Kalau nak diikutkan prasarana yang ada di KL ni dah cukup banyak dan maju dah nampaknya. Orang ramai tak perlu bersesak kerana ada LRT, ramai yang ada ada kereta dan ramai jugak yang sudah punya pendidikan tinggi.

Mungkin ketika itu ramai yang lupa pada jasa mereka yang sudah banyak berbakti kepada kita. Contohnya, kita lupa pada jasa PDRM dan juga pengorbanan mereka!!

Berapa yang ingat pengorbanan anggota polis ketika zaman darurat, kekejaman komunis dalam memastikan keselamatan rakyat awam di negara ini. Apa yang Ibnu K nak tekankan di sini ialah berkenaan sekatan jalan raya. Pada waktu itu sekitar tahun 50-an hingga 70-an ketika negara bergelumang masalah berkaitan Komunis, Darurat dan konfrontasi, PDRM giat menjalankan banyak sekatan jalan raya untuk mengekang kegiatan ganas puak pengacau.

Tetapi dek kerana, negara kita baru sahaja merdeka ketika itu rakyat bersyukur dan mengharapkan lagi supaya anggota polis terus melakukan sekatan jalan raya dalam usaha mengawal keselamatan. Tak timbul langsung soal menyusahkan rakyat atau menyusahkan orang ramai untuk bergerak ke mana-mana. Elok sahaja, mereka mengikut arahan demi keamanan yang baru sahaja dikecapi.

Tapi apa bezanya kini?? Kenapa kita mudah lupa??