LogoBlog

FILEM HINA NABI MUHAMMAD KEJI DAN TIDAK BERMARUAH!!

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam SERIUS | 6 komen diberi

Dunia Islam dikejutkan dengan kemunculan filem “low class” terbitan anasir barat yang jelas menghina Islam dan juga junjungan besar umat Islam seluruh dunia iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Filem itu bertajuk “Innocence of Muslims” mencetuskan bantahan di seluruh dunia.

Hasil kemunculan filem tu, Kedutaan Amerika Syarikat di Benghazi, Libya diserang sehingga menyebabkan kematian Duta Amerika Syarikat ke Libya Christopher Stevens. Bagaimanapun, Amerika Syarikat negara yang didakwa asalnya penerbitan filem ini menafikan serangan adalah berkaitan bantahan itu sebaliknya mengatakan ia adalah satu serangan terancang mengulangi serangan di Menara World Trade Center (WTC) pada 11 September 2001.

Saya sudah menonton filem itu dan ia pasti menaikkan amarah sesiapa sahaja yang menyayangi dan mencintai serta rindu pada Rasulullah S.A.W. Sudahlah diperlekehkan dengan mutu penerbitan yang hina, diwujudkan pula watak “Muhammad” yang kononnya sukakan keganasan, sukakan wanita dan banyak lagi perkara yang saya tidak sanggup nyatakan.

Sewajarnya kita sebagai umat Islam menanam kebencian dan mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan sebegini yang sememangnya dilakukan atas tujuan mahu menjejaskan perpaduan umat Islam dengan menyemai kebencian. Disamping itu,mereka sudah pasti mahu melihat Islam dan penganutnya hancur dan lenyap dari muka bumi Allah ini.

Baca tulisan Pembela Rakyat di blog INI

p/s : Ayuh kita nyatakan bantahan besar-besaran di laman sosial

Di Depan Sogo…. (Original Story)

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | 72 komen diberi

Ibnu K hari ini bersiar-siar di sekitar Jalan TAR di KL untuk meninjau keadaan selepas perhimpunan haram pihak BERSIH 2.0 semalam. Alhamdulillah, keadaan sudah kembali aman dan hidup dengan kebanjiran orang ramai hadir membeli-belah di sekitar kawasan tu.

Tapi, pakcik ini menarik betul perhatian Ibnu K dengan apa yang dibuat dan apa yang dicakapkan olehnya. Walaupun, imej pakcik ni wujudkan persepsi pada sesetengah orang, tetapi ilmu dan mesejnya jelas serta terang umpama mendengar amanat penting. Ibnu K pun tak dapat sangkalkannya malahan rasa malu dan terharu orang seperti pakcik ni sering di salah anggap.

Lihat lah sahaja, tulisan ayat suci Al-Quran yang dinukilkan oleh pakcik ini yang enggan memberitahu namanya dengan alasan beliau tak mau diberikan publisiti. Ibnu K dikatakan tidak layak untuk berbicara dengannya pada ketika tadi. Nasi yang Ibnu K belikan kepada pakcik ini pun ditolak mentah-mentah. Ibnu K tak kisah, hanya niat untuk membantu beliau.

Menurut pakcik ni, dulu dia tinggal di Malay Mansion di tingkat 13 di bangunan yang berketinggian 14 tingkat. Kemudian, rumahnya dirobohkan demi projek membina pusat membeli belah Sogo. Di hadapan Sogo, menurut beliau, ada klinik di mana PM pertama kita Tunku Abdul Rahman membuat pemeriksaan mata…

Pakcik, mudah-mudahan Pakcik sihat… jom kita dengar apa pakcik ni nasihatkan kita…

Risik-risik, ada entry pasal Pakcik Depan Sogo di blog lain di blog haziqah nasirah di link itu.. BUKTI!!! Pakcik Depan Sogo bukanlah SB, MIO atau pegawai di mana-mana pasukan berkuasa… Pakcik ini memang tempat tinggalnya di SOGO.. Disitulah tempat dia berteduh siang dan malam…

Lepas ni ada lagi cerita pasal Jalan TAR…




Pertandingan Dah Abis, Ibnu K Kecewa

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT | SILA KOMENLAH SIKIT  

Salam 1Keluarga hari ni semuanya, entahlah, mood saya hari ni agak down sedikit. Bukan kerana Osama bin Laden sudah mati dibunuh oleh Amerika Syarikat, atau kerana minyak pertrol RON97 naik 20 sen hari ini. Tetapi sebab kontest FB Page ibnukhusairy.com yang sudah pun tamat pada hari ni. Dengan tamatnya kontest tu, saya pun kecewa sebenarnya.




Ditambah pulak dengan rasa berat sebagai blogger baru yang mungkin tak mendapat tempat di hati korang. Tak tau lah nak bagitau macam mana, dengan rasa berat hati saya bagitau Kontest FB saya TAK ADA SATU PUN PENYERTAAN… Huhuhu sedih.. Tak dapat nak bagi hadiah kepada pemenang. Mungkin kerana blog ibnukhusairy.com tak popular atau sebab cara Kontest tu susah nak sertai atau apa ya??

Nak melenting lebih-lebih siapa lah saya di hati korang. Cewaahh.. saya buat statement merajuk pulak ya.. Tetapi kadang-kadang kecewa jugak bila org yang blogwalking ada benda yang dipilih kalau diaorang suka je kan?? Tak semua kontest akan disertai. Mungkin blog ibnukhusairy.com belum layak lagi kot nak buat kontest.. Biar hadiahnya mencecah ratusan pun.. tak ada yang nak masuk… Arghhh.. MOTIF??

Ibnu K : Agak emosi sikit hari ni.. takpe.. kejap lagi baik!!

 

David Teo Bengang!!!

Dicetuskan pada by Dalam CUIT-CUIT | 2 komen diberi

Panas juga telinga kami apabila mendengar rungutan penerbit filem tersohor negara. Mr David Teo di pejabat Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan di Bangunan Sultan Abdul Samad tadi. Bengang betul dia.. Semuanya gara-gara Skim Insentif Tayangan Filem yang diumumkan menggunakan sistem baru. Tak lagi pakai sistem pemulangan Duti Hiburan macam dulu.

Menurut David, katanya kementerian membuat keputusan tanpa memanggil penerbit-penerbit filem tempatan dan berbincang. Ini tidak, terus saja buat keputusan pada hari ini.

Terus saja kami mendapatkan David untuk penjelasan beliau selanjutnya..




Terus baca contengan ini..