Sekarang ini di mana-mana pelbagai masalah berlaku. Dengan projek perumahan terbengkalai, sampah sarap tak diuruskan, kebanjiran anjing liar yang membahayakan nyawa penduduk setempat dan jenayah. Gejala ini sering ganggu kehidupan aman dan sentosa kita sehingga kita kadang-kadang terlepas pandang
Bukan itu sahaja, masalah gejala remaja ponteng sekolah, gejala penagihan dadah dan pelbagai lagi juga turut akan saya bantu pihak anda untuk selesaikannya. Setidak-tidaknya mendengar masalah anda. Hendak panggil stesen TV, kadang-kadang mereka melihat pada kepentingan aduan kesannya sama ada besar atau kecil. Pada saya tidak kira besar atau kecil saya akan datang dan bantu anda.
Sila isikan borang di bawah ini untuk saya menghubungi anda semua kemudian menetapkan waktu dan tarikh temujanji untuk membantu menyelesaikan masalah anda.
“ISI BORANG MASALAH DILIHAT, INSYA’ ALLAH SELESAI”





