Moga Selamat di Tanah Suci…


Moga Selamat di Tanah Suci…

Alhamdulillah.. gembira hati Ibnu K apabila menatap wajah Ka’abah di Mekah ni. Teringat ketika Ibnu K berada di sana untuk menunaikan umrah beberapa bulan lalu. Malam ini 8 Oktober 2010 (Jumaat) kumpulan pertama jemaah haji Malaysia akan berlepas ke Tanah Suci Mekah untuk menuaikan rukun Islam ke-lima itu. Pastinya, pelbagai rasa di dalam benak hati sedang di alami oleh jemaah terutamanya mereka yang pertama kali mengerjakannya. Rasa yang dirasai amatlah hebat. Ibnu K sangat bersyukur kerana pada umur ini sudah dapat menjejakkan kaki di tanah suci.

Ucapan

Kami di ibnukhusairy.com mengucapkan selamat jalan kepada anda dan semoga Allah mengurniakan haji mabrur kepada semua jemaah Malaysia pada kali ini, InsyaAllah.

لبيك اللهم لبيك لبيك لا شريك لك لبيك إن الحمد

والنعمة لك والملك لا شريك لك