Jumpa pasu bunga dapat $69,000,000.00 dollar Amerika


Pasu bernilai $69,000,000.00

Sebuah pasu diperbuat daripada porselain yang dijumpai dalam stor ketika mengemas rumah terjual dalam lelongan di London dengan harga 69 juta Dollar Amerika.

Nilai yang memecah rekod itu begitu mengejutkan penjualnya yang juga adik beradik yang terpaksa keluar untuk menenangkan diri selepas mengetahui nilai jualan yang mereka perolehi.

Bagaimanapun, sebelum itu, pasu itu terbiar bertahun-tahun lamanya di dalam sebuah stor di sebuah rumah di Barat London. Ia dimiliki oleh pakcik kepada adik-beradik itu. Selepas kematiannya baru-baru ini, mereka mengemas rumah itu menemui pasu itu.\

Selepas itu, pasu itu dibawa ke sebuah rumah lelongan di bandar Ruislip, mereka terkejut gembira apabila diberitahu pasu itu berasas daripada kerajaan empayar Qianlong dari tahun 1711-1799. Tarikh pasu itu dipercayai pada 1740.

Begitu hebat sebuah pasu yang mempunyai umur 308 tahun boleh mencecah harga jutaan.

Lokasi

Pasu porcelain yang ditemui di London dan terjual dengan harga $69 juta Dollar Amerika

p/s : nak buat apa duit banyak tu gamaknya??