Jepun pakai jururawat robot…


Jururawat Robot

Al-kisah di Jepun, kita semuanya tahu bahawa mereka di sana kini obses dengan teknologi moden terutamanya yang melibatkan robot. Dari orang gaji dan pekerja semuanya nak dijadikan robot membantu mereka. Ini bukan berita yang gembira untuk penduduk di sana.

Terbaru, seorang robot telah dicipta untuk membantu para manusia di hospital sebagai jururawat. Itulah kerjanya syarikat yang digelar Kokoro Co. Ltd ini dengan mencipta robot jururawat yang dikenali sebagai Actroid-F.

Actroid-F dicipta untuk menemani pesakit ketika di hospital. Ia boleh bergerak seperti manusia dan juga boleh membuat mimik muka tertentu bergantung kepada mimik muka yang dibuat oleh operatotnya.

Actorid-F jururawat robot yang akan mengambil alih tugas manusia di hospital di Jepun untuk menemani pesakit

Robot di hospital bukanlah satu perkara baru. Beberapa hospital di Amerika Syarikat sudah pun menempatkan beberapa robot untuk menjalankan tugas mengagih ubat, menghantar dokumen dan juga melawat pesakit.

Dikenali dengan Robot-Rx, sistem ini memastikan ubat yang dihantar kepada pesakit adalah betul dan juga mampu mengedarkan ubat dengan tepat seluruh hospital.

Farmasi akan meletakkan jenis ubat ke dalam komputer sebelum diambil alih robot dan dihantar kepada pesakit. Begitu hebat teknologi di Jepun