IKLAN @ YOUTUBE

Saya bersedia mengiklankan perniagaan dan perkhidmatan yang anda jalankan untuk meningkatkan lagi dan mendedahkan perihal perniagaan anda kepada orang ramai. Kami menyediakan perkhidmatan pengiklanan melalui blog dan video youtube.

Pengiklanan Blog

Melalui blog, kami akan menyediakan entry khas untuk perkhidmatan dan perniagaan anda secara one off, mingguan ataupun harian. Kami juga sedia untuk menulis entry khas untuk anda jika ada sebarang promosi dan produk terbaru yang anda ingin perkenalkan. Blog IBNUKHUSAIRY.COM kini sudah mencecah 500 hits sehari dengan purata hits sebulan kira-kira 13,000 hits.

Kami mengiklankan semua jenis perniagaan tidak kira berasaskan produk atau perkhidamatan juga produk pelancongan seperti lokasi lawatan atau penginapan seperti Home Stay atau Chalet. Kami mensasarkan kepada golongan pengusaha Kecil dan Sederhana untuk mendapatkan perkhidmatan ini. Kerana yang sederhana dan kecil ini masih belum diketahui oleh orang ramai. Soal harga untuk entry dan pengiklanan kita boleh bincang bersama.

 

Pengiklanan Youtube

 

Kami bersedia merakamkan video megikut tempoh tertentu untuk mengiklankan dan mendedahkan perihal produk dan perkhidmatan anda kepada orang ramai. Video itu boleh dirakamkan selama 5 minit, 10 minit, 15 minit, 20 minit, 30 minit mahupun satu dokumentari penuh selama 1 jam. Jangan bimbang kerana harga yang bakal kami berikan ialah berpatutan dan sesuai dengan skala perniagaan dan perkhidmatan anda. Bentuk video atau cara pengiklanan bergantung kepada anda dan anda juga boleh berbincang dengan pihak kami untuk mendapatkan video terbaik.

Jika anda berminat dengan perkhidmatan kami ini, anda boleh menghubungi Ibnu K Online di 019-6212187 atau email kan ke ibnukhusairy@gmail.com untuk mendapatkan info lanjut.