hebat sungguh beliau!!


Impian

Sangat hebat seorang pelajar wanita Islam kita Mona Ramouni di Michigan, Amerika Syarikat menyimpan wang setiap hari untuk membolehkannya membeli seekor kuda untuk panduannya ke kelas.

Ramouni yang istimewa “kerana tidak boleh melihat” terpaksa mengikat perut selama tiga tahun sebelum mampu membeli kuda itu yang diberi nama Cali.

Kuda itu setinggi 2 kaki 6 inci telah dilatih untuk memandu pemiliknya keluar daripada kenderaan, melalui orang ramai dan melintas jalan.

Cali juga akan duduk diam jika Ramouni berada di dalam kelas.

Ranmouni yang melanjutkan pelajaran dalam bidang psikologi membeli kuda itu selepas melayari laman web berkenaan kuda panduan April 2008 lalu. Sejak kahadiran Cali ke dalam hidup beliau dan keluarga, hidupnya berubah sama sekali.

Kuda Cali

Kuda Cali, membawa Ramouni turun daripada bas untuk ke kuliah psikologinya setiap hari

Sebelum ini, dia pernah untuk mendapatkan anjing pemandu namun dihalang kedua-dua ibu bapanya kerana anjing haram dipegang mengikut hukum syarak. Kalau pegang boleh, tapi lepas tu kena samaklah.

Mengikut sejarah, Ramouni tidak boleh melihat beberapa ketika selepas dilahirkan tiga bulan awal/

Dia adalah antara lima orang di Amerika Syarikat yang menggunakan kuda sebagai pemandu harian mereka. Tidak mengira umur Ramouni mempunyai pendirian yang tetap untuk membuatkan dirinya gembira.

Cali menemani tuannya Ramouni di dalam kuliah

p/s : orang kita, banyak yang sibuk nak memandu ke arah kebaikan langsung tak nak ikut!! hampeh..