LogoBlog

RESIPI IKAN MASAK LADA ALA NYONYA

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam TIPS | SILA KOMENLAH SIKIT  

Kalau kita nak pilih beberapa buah negeri yang kaya dengan makanan pelbagai. Dalam kepala kita mungkin terfikir Melaka dan Pulau Pinang kan. Kalau Melaka dengan Ikan Bakar dan Pulau Pinang dengan Nasi Kandar dan Pasembur nya lah kan. Kali ini saya nak kongsikan pula resipi dari rakan saya di Melaka yang nama masakannya Ikan Masak Lada Ala Nyonya.




RESIPI TRADISI RENDANG TOK

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam TIPS | SILA KOMENLAH SIKIT  

Ada keluarga suka memasak rendang pada ketika Aidilfitri. Ada juga keluarga yang suka memasak rendang pada ketika bermulanya bulan Ramadhan. Itulah emak saya yang gemar memasak pada hari pertama Ramadhan, lauk Rendang Ayam. Tapi hari ini saya nak kongsikan bersama anda resipi Rendang Tok Tradisi orang Perak yang kini dikongsi bersama keluarga.




BERBUKA DENGAN YOGHURT IKUT CARA RASULULLAH

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam TIPS | 3 komen diberi

Selamat berpuasa semua, Alhamdulillah hari ini hari pertama kita berpuasa pada bulan Ramadhan yang datang lagi untuk ke sekian kalinya. Syukur kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan. Petang tadi, saya sempat meluangkan masa di Pasaraya Besar Carrefour di Wangsa Maju membeli sedikit barang keperluan. MasyaAllah, ramai betul manusia yang datang ke Carrefour membeli barang atau lauk untuk dimasak untuk berbuka puasa hari pertama ini.

Selepas itu, saya menonton rancangan Menu Barakah di TV Al-Hijrah pada pukul 6 petang tak silap saya. Dengan Chef berbangsa Arab yang hensem jugak. Bercakap dalam Bahasa Melayu memang bagus. Beliau tidak lupa berpesan supaya sentiasa berzikir dan mengucapkan Subhanallah ketika memasak. Dalam seumur hidup saya menonton rancangan memasak, itulah kali pertama Chef memesan agar kita berzikir sambil memotong, memasak dan menyiapkan hidangan supaya dapat berkatnya oleh Allah.

Dalam program itu juga Chef sempat berpesan supaya berbuka dengan yoghurt atau susu masam atau Tairu dalam Bahasa Tamil kerana itulah menu pilihan Rasulullah dalam berbuka puasa sebelum makanan berat.




TIPS MERENDAM LAUK UNTUK DI MASAK

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam TIPS | SILA KOMENLAH SIKIT  

Sekarang kebanyakan rumah peti ais dah canggih-canggih, besar dan ada macam-macam fungsi. Tapi korang biasa kan beli ayam ke ikan ke atau apa-apa lauk untuk di masak kemudian diletakkan di dalam peti bahagian beku tu. Lepas tu korang pun biarkan ayam atau ikan tu diatas untuk beberapa hari. Bila terfikir yang korang nak masak benda tu, korang akan rendam kan, mesti lama nak tunggu dia lembut untuk boleh di masak.

Gambar di atas cuma contoh je ayam yang direndam untuk di masak. Tapi saya sudah temui cara nak bagi lauk yang korang nak masak tu untuk cepat lembut dan sedia untuk di masak.

    1. Rendam lauk korang dalam air yang boleh tenggelamkan lauk korang tu.
    2. Bila direndam korang perasan tak yang air rendaman itu turut menjadi sejuk seperti ayam atau ikan yang direndam.
    3. Jika air sejuk ini dibiarkan terus direndam dengan ayam sebab tu ayam lambat lembut sebab dia dah sama sejuk dengan air yang merendam dia tu.
    4. Jadi, cuba ganti air yang digunakan untuk merendam lauk tu dengan memastikan suhu air sentiasa lebih tinggi sikit berbanding lauk korang.
    5. Maksudnya, suam-suam sikit lah jangan guna air panas, kang masak lak lauk korang tu kang.
    6. InsyaAllah, jika korang kerap gantikan air biasanya ia akan lembut dalam masa 15 minit akan berkurangan kepada 5 minit je. Kan jimat masa, boleh masak cepat dan makan cepat. Selamat mencuba…




Itu sajalah tips atau petua yang saya nak kongsikan untuk korang pada hari ini. Kalau tak menjadi tinggalkan la sebab musababnya di dalam ruangan komen di bawah, jangan baca sahaja Ok.. Kalau korang nak share pun silakan..

Teh”O”Suam : Rendam jangan tak rendam kak..