LogoBlog

Makan-Makan di Wadihana Islamic Steakhouse

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam JALAN-JALAN ALAS PERUT | SILA KOMENLAH SIKIT  

WadihanaTBoneSteak

Sedapnya, inilah hidangan TBone Steak di Wadihana Islamic Steakhouse. Selama ni mesti para peminat Steak dan makanan Western ni. Kita biasanya susah nak cari lokasi makan Steak yang halal kan. Kalau di KL, antara lokasinya ialah Tony Romas, Victoria Station, Outback dan TGI Fridays. Banyak lagi sebenarnya, saya namakan yang tu saja sebagai contoh.

Tapi jika anda bertandang ke Wadihana ni memang tak perlu risau sebab tu kerana ia memang disediakan halal dan bersih. Suasana santai restorannya pun sudah boleh memikat anda sekeluarga.

WadihanaSetapak




NASI GORENG UDANG PEDAS POWER (8 GAMBAR)

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam JALAN-JALAN ALAS PERUT | SILA KOMENLAH SIKIT  

Biasanya Ipoh juga turut menjadi tempat makan yang selalu orang kunjungi kan. Dengan Nasi Ganja, Nasi Vanggey, Laksa dan tidak kurang juga Mee Rebus Ramli yang menjadi kegilaan orang ramai. Bukan itu sahaja tau, di Ipoh terkenal juga dengan masakan Nasi Goreng Udang di sebuah gerai terletak seberang jalan berhampiran dengan Bangunan Perak Darul Ridzuan. Saya mula menikmatinya pada 2003 dan masih terpaut sehingga hari ini.




JALAN-JALAN ISI PERUT : GERAK 21, IKAN BAKAR KAMPUNG BARU

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam JALAN-JALAN ALAS PERUT | SILA KOMENLAH SIKIT  

Untuk entry  Jalan-Jalan Isi Perut seterusnya ialah di Kampung Baru sahaja tak jauh. Saya yakin ramai yang mengenali lokasi ini dan sememangnya ia menjadi tumpuan korang untuk lepak pada waktu makan tengahari atau makan malam. Gerai ini terletak betul-betul di depan Pintu Gerbang Kampung Baru berhadapan dengan SMK Puteri Wilayah.

Inilah gerainya, Restoran Noorizan Gerak 21, Ikan Bakar Kampung Baru. Restoran ini biasanya beroperasi 24 jam dan khasnya pada waktu tengahari dan malam. Ramai yang lepak di sini bersama rakan-rakan menikmati sajian Ikan Bakar yang memang sedap dan kaw-kaw. Antara ikan yang boleh anda nikmati dengan kadar harga yang berpatutan ialah Ikan Keli, Ikan Terubok, Ikan Kembung, Ikan Pari dan Ikan Cencaru. Memang sedap kan. Kalau masa lunch boleh datang awal, korang dinasihatkan datang awal. Kot kot nanti dah ramai sangat, beratur panjang.

JALAN-JALAN ISI PERUT : RESTORAN RAFFLESIA CHICKEN HUT

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam JALAN-JALAN ALAS PERUT | SILA KOMENLAH SIKIT  

Ini adalah entry pertama kategori baru dalam IbnuKhusairy.Com iaitu “Jalan-Jalan Isi Perut”. Saya tau rupa badan saya agak besar dan ini menguatkan lagi semangat untuk akhirnya membuat satu kategori berkenaan makan dan masakan. So saya dapat akhirnya idea untuk letak kategori ni Jalan-Jalan Isi Perut. Korang pernah dengan tak Restoran Rafflesia Chicken Hut yang lokasinya ada di The Mall, KL City AKA Kuala Lumpur. Kalau korang ada masa lunch yang tak terhabis tu, boleh lah singgah di restoran ni yang orang panggil RCH je..