Ramai antara kita yang perasan muda dan minat watak-watak kartun yang comel dan melucukan. Sebagai contoh, ramai yang minat Doraemon, Hello Kitty, Pokemon, Pingu dan banyak lagilah. Saya baru-baru ini menonton rancangan kartun yang satu ini di TV3. Tajuknya Canimals.
Kisah tin tin yang hidup menyerupai banyak rupa binatang. Memang cute.
Canimals ini adalah animasi dari Korea Selatan diterbitkan oleh Voozclub Co. Ltd di sana. Canimals menampilkan watak dengan nama-nama yang cute iaitu Ato, Mimi, Uly, Fizzy, Nia, Oz, Pow, Toki, and Leon. Di peringkat antarabangsa Canimals sudah pun ditayangkan di UK dan seluruh dunia melalui syarikat BRB Internacional.
Korang layan lah sekali sekala tengok di ofis terutama yang suka sangat mengantuk tu. Mesti layan.









