LogoBlog

SUNGAI SEJUK KETENANGAN SAUJANA JANDA BAIK RESORT

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUTI IBNU K | 2 komen diberi

Janda Baik bukanlah perihal seorang janda yang baik sifatnya tetapi adalah nama sebuah daerah di Pahang yang boleh memberikan ketenangan kepada janda-janda yang mungkin bertandang ke situ..

Err, apa saya tulis ni?? Fokus semula

Jika anda inginkan kenyamanan dan ketenangan sambil mendengar air sungai jeram menderu deras di luar pintu rumah anda, cubalah menginap di Saujana Janda Baik Resort, Janda Baik, Pahang. Memang best!!! Anda akan berpeluang menginap di chalet seperti ini….




MENYEMAI KASIH DI ISMAH BEACH RESORT

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUTI IBNU K | SILA KOMENLAH SIKIT  

Bagi mereka yang sudah berkeluarga dan kemungkinan buntu dan bingung nak bawa ahli keluarga bercuti atau berkelah ke mana-mana, Pantai Padang Kemunting di Masjid Tanah, Melaka boleh menjadi salah satu destinasi pilihan anda. Pantainya tidak jauh dari Pantai Pangkalan Balak yang juga masih lagi cantik dan dijaga sehingga ke hari ini.




HOTEL REGAL LODGE TERBAIK DI IPOH

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUTI IBNU K | SILA KOMENLAH SIKIT  

Pasti ramai antara korang yang selalu datang ke Ipoh ibu negeri Perak Darul Ridzuan, Tak kiralah untuk melancong ataupun tugas. Mesti ada antara korang yang sukar mencari hotel untuk menjadi tempat penginapan korang. Saya ada satu hotel yang pasti korang akan berpuas hati. Hotel Regal Lodge di Ipoh. Terletak di tengah-tengah bandaraya Ipoh di sebelah Hotel Tower Regency yang juga merupakan hotel lima bintang.

Hotel ini hanya bertaraf tiga bintang. Tetapi perkhidmatan yang diberikan cukup terbaik. Cukuplah dikatakan televisyen di bilik Superiornya sahaja sudah LCD TV berjenama Sharp 32 inci. Memang puas hati. Biasanya di hotel, Mini Bar disediakan tetapi kita perlu bayar untuk dapat menikmati air Coke atau apa jenis pun dengan harga yang mahal. Di hotel ini, ada disediakan dua air tin Coke dan 100 Plus, satu potato chip dan satu Mamee Hot Cup dan ia percuma. Best kan?? Kira Mammee dan air yang disediakan cukup untuk korang kalau bermalam di sini.

Mula-mula menjejakkan kaki ke Regal Lodge saya terpegun dengan susun atur bahagian Receptionya. Apa yang menarik perhatian ialah pakaian seragam staf di Reception yang cukup elegant dan cantik. Macam gaya hotel lima bintang je Hotel Regal Lodge ni.

Inilah ruang Reception Hotel Regal Lodge ini. Pintu kecil di bahagian hadapan ialah laluan ke Restoran Candle Light yang cukup cantik reka bentuknya dengan para waitersnya memakai rantai berlampu biru di dada mereka menghantar makanan di dalam restoran yang gelap itu. Jika korang datang ke Ipoh, Perak eloklah datang dan cuba menginap di sini. Korang takkan menyesal. Di dalam bilik air sudah disiapkan gayung untuk memudahkan pelanggan mencebok apa yang patut. Jika duduk di dalam biliknya tak terasa seperti duduk di atas bangunan tinggi sebaliknya seperti duduk di dalam banglo yang comel sahaja.

Harga bilik Superiornya pada hari minggu juga berpatutan iaitu RM139 tanpa sarapan pagi. Sarapan pagi tu korang bolehlah menjelajah Bandaraya Ipoh untuk mendapatkannya. Lagi best daripada sarapan di hotel. Boleh dikatakan semuanya sama sahaja.

Teh”O”Suam : Kena try ni!!



PAKEJ JALAN KE CHIANG MAI MAC 2012 MURAH!!

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUTI IBNU K | SILA KOMENLAH SIKIT  

Kali ini saya letakkan pula beberapa pakej Free and Easy untuk korang yang berminat ke Chiang Mai, Thailand. Saya juga letakkan beberapa hotel dengan harga yang berbeza. Korang kalau berminat pilih pakej yang disukai dan kemudian hubungi saya seterusnya pembayaran dan saya akan melengkapkan tempahan korang. Pembayaran boleh dibuat melalui Maybank2u. Harga yang diberikan adalah jumlah untuk pakej seramai dua orang.

*HARGA ADALAH HANYA HARGA UNTUK PEGINAPAN ANTARA AIRPORT DAN HOTEL

PAKEJ CHIANG MAI (10 MAC – 12 MAC) FREE AND EASY  SOLD OUT!!

  • 1 Bilik Deluxe Twin Share di Hotel Lotus Pang Suan Kaew
  • Transport dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai ke Lotus.
  • Transport dari Lotus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai.

JUMLAH : RM400

PAKEJ CHIANG MAI (13 MAC – 15 MAC) FREE AND EASY

  • 1 Bilik Superior Garden Twin Sharing di Holiday Garden Hotel
  • Transport dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai ke Holiday Garden
  • Transport dari Holiday Garden ke Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai

JUMLAH : RM300

PAKEJ CHIANG MAI (16 MAC – 18 MAC) FREE AND EASY  SELLING FAST!!

  • 1 Bilik Superior Twin di Mercure Chiang Mai
  • Transport dari Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai ke Mercure Chiang Mai
  • Transport dari Mercure  ke Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai

JUMLAH : RM380

Jika korang ingin merancang tour atau lawatan ke kawasan tumpuan pelancong boleh diatur dengan menghubungi saya di 019-6212187 untuk membuat perancangan pakej jalan-jalan korang.

Teh”O”Suam : Jom pergi Thai…




PAKEJ JALAN KE BALI MAC 2012 MURAH!!!

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUTI IBNU K | 7 komen diberi

Kepada korang yang sudah merancang cuti atau masih belum mendapat lokasi untuk anda berjalan-jalan. Di sini, mempamerkan beberapa pakej harga dengan pelbagai jenis hotel termasuk pengangkutan dari Lapangan Terbang Ngura Rai, Bali Indonesia sepanjang bulan Mac 2o12. Harga ini adalah untuk dua orang di sekitar Pantai Kuta, Bali.

Kalau korang ada special request pun boleh contact saya untuk deal apa permintaan korang mungkin nak tambah orang ke, atau nak tempah lawatan ke beberapa lokasi istimewa.

*HARGA YANG DIBERIKAN TIDAK TERMASUK TIKET PENERBANGAN HANYA PENGINAPAN DAN PENGANGKUTAN SAHAJA.

PAKEJ PANTAI KUTA,BALI  (1O MAC – 12 MAC 2012) FREE AND EASY (SOLD!! TAPI MASIH ADA)

  • 1 Bilik Deluxe Twin di Lavender Villas & Spa (Sarapan pagi)
  • Transport dari Lapangan Terbang Ngura Rai ke Lavender Villas & Spa
  • Transport dari Lavender Villas & Spa ke Lapangan Terbang Ngura Rai

JUMLAH : RM480

PAKEJ PANTAI KUTA, BALI (10 MAC-12 MAC) FREE AND EASY

  • 1 Bilik Superior Room Twin di Pondok Sari  (Sarapan Pagi)
  • Transport dari Lapangan Terbang Ngura Rai ke Pondok Sari
  • Transport dari Pondok Sari ke Lapangan Terbang Ngura Rai

JUMLAH : RM370

Bayaran boleh dibuat melalui Akaun Maybank saya, saya akan selesaikan tempahan anda dalam masa empat hari bekerja GERENTI!! Harap jangan takut sebab saya membuat tempahan menggunakan portal GCR  yang sudah mula beroperasi sejak 2007. Tempahan akan diconfirmkan melalui baucer yang korang perlu simpan.Cepat sebelum terlambat!!!

Teh”O”Suam : Harga MURAHnya!!!



HANYA SATU LINE CLEAR

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUTI IBNU K | SILA KOMENLAH SIKIT  

Kalau korang dengar istilah “Line Clear” pastinya ramai di antara kita yang teringat kepada Saiful Apek yang kerap menggunakan istilah itu. Tetapi sebenarnya pada hemat saya, Saiful Apek mengambil nama “Nasi Kandar Line Clear” yang telah bermula sejak tahun 1930 sebagai tagline beliau. Semenjak saya mula mengenali spot Nasi Kandar ini pada 2000 setiap kali saya singgah di Pulau Pinang, pasti akan singgah di Nasi Kandar Line Clear untuk melampiaskan keinginan menikmati nasi kandar sedap mereka.

Ini antara tauke senior Nasi Kandar Line Clear yang sejak dulu beroperasi di celah antara dua bangunan di George Town. Tanyalah pada sesiapa yang memang selalu ke Penang pasti akan mengetahui lokasi ini. Saya pasti korang pun ramai yang tahu. Kepada yang tidak tahu, anda boleh mencarinya dengan GPS anda kerana dalam search di ruangan POI lokasi Nasi Kandar Line Clear akan ditunjukkan. Kalau dulu, korang yang datang drive mungkin susah nak cari parkir. Tapi, sekarang di hadapan kedai legend ini sudah ada parkir disediakan.




Pernah sekali saya tanyakan kepada owner dia, kenapa tak nak berpindah. Dia cuma cakap nanti pelanggan setia mereka tidak tahu mencari lokasi kedai baru. Mudah alasan tetapi menghormati kedatangan pelanggan setia mereka yang kebanyakannya datang dari jauh dan bukan dari Pulau Pinang. Tauke senior Nasi Kandar Line Clear masih ingat pada saya yang datang lama dahulu. Itu antara ciri istimewa para owner Line Clear ni.

Maklumat terbaru dari risik-risik saya sebenarnya Nasi Kandar Line Clear akhirnya membuka cawangan baru selepas lama beroperasi di situ. Untuk yang nak ke outlet di Penang, alamatnya ialah di celah bangunan di Chulia Street dan Penang Road. Kalau rasa-rasa tak boleh jumpah jugak macam ini rupa warung yang korang kena cari.

Untuk cawangan baru Nasi Kandar Line Clear ia terletak di No 1327, Lorong Malinja 1, Kepala Batas, Pulau Pinang. Kalau korang berada di Penang, carilah masa untuk menikmati Nasi Kandar Line Clear ok. Pasti takkan menyesal.

Teh”O”Suam : Tangan bau kari la lepas tu!!

JOM PEGANG PENYU

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUTI IBNU K | SILA KOMENLAH SIKIT  

Sejak semalam saya berada di Pulau Pinang menghabiska masa meninjau beberapa potensi untuk menulis entry baru dan juga melakukan serba sedikit liputan. Sebenarnya saya terlupa yang orang ramai masih dalam mood bercuti untuk Tahun Baru Cina. Punyalah sesak jalan di sekitar Pulau Pinang. Terpaksa saya bermalam di Butterworth selepas beberapa jam mencari penginapan di George Town. Di Pulau Pinang, korang pernah pergi tak Akuarium Pulau Pinang yang diuruskan oleh Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Pulau Pinang. Kalau belum, baik korang pergi ke sana kalau ada masa.

Dengan tiket semurah RM5 untuk dewasa dan kadang-kadang mereka buat promosi RM2 untuk seorang dewasa untuk ke sana. Untuk memberi didikan berkenaan ikan kepada anak korang, memang patut korang ke sana. Apa yang menarik sebelum korang balik, korang boleh menyentuh dua ekor penyu agar yang diletakkan di dalam sebuah kolam di luar bangunan Akuarium.

Inilah antara salah seekor penyu agar yang saya maksudkan. Wajahnya yang comel dan cantik pasti akan menarik minat anak korang untuk melihatnya dengan lebih dekat lagi. Ada dua ekor penyu agar dalam kolam ini yang akan sentiasa berenang menghampiri anda kalau korang menjenguk ke dalam kolam. Kalau korang sentuh cangkerangnya perlahan-lahan tak jadi masalah buat sesiapa yang tidak pernah menyentuh penyu. Korang boleh dapatkan paket makanan palet dengan harga RM1 sebungkus dan diberi makan kepada penyu-penyu ini.

Dalam ruang akhir bangunan akuarium ini juga ada satu tangki besar yang memuatkan super besar Ikan Kerapu yang kalau korang makan seekor memang korang akan mati pecah perut sebab besar sangat. Tapi dek kerana umur ikan ini yang sudah tua ia berenang dengan kelajuan yang amat perlahan. Pastikan korang berhati-hati takut anak korang takut lak nak tengok ikan besar macam tu.

Tengoklah saiz ikan kerapu tu dengan orang yang mengambil gambar di hadapan tangkinya itu. Besar kan?? Hahaha.. Tapi untuk melihat serba sedikit tentang hal ehwal ikan ni boleh lah korang datang ke sini di Akuarium Pulau Pinang diuruskan oleh FRI di Batu Maung lokasi sebenarnya.

Teh”O”Suam : Besarnya ikan!!



PAKEJ HOTEL HARI WILAYAH DI LANGKAWI

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUTI IBNU K | SILA KOMENLAH SIKIT  

PAKEJ HOTEL HARI WILAYAH KE PULAU LANGKAWI DI SHERATON LANGKAWI BEACH RESORT UNTUK 3H 2M (1/2/2012 – 3/2/2012).

HARGA  UNTUK  SUPERIOR ROOM. 

RM750 (3H2M)

*Booking tertakluk kepada kekosongan bilik, jika tempahan tarikh anda telah penuh, wang akan dikembalikan dalam masa 24 jam. Hubungi saya untuk maklumat lanjut ya.

Emailkan ke : ibnukhusairy@gmail.com atau call 019-6212187 untuk maklumat lanjut

Teh”O”Suam : Tawaran habis 29 JANUARI 2012



PAKEJ CUTI HARI WILAYAH CAMERON HIGHLANDS

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUTI IBNU K | SILA KOMENLAH SIKIT  

PAKEJ HOTEL PADA HARI WILAYAH INI DI CAMERON HIGHLANDS 1/2/2012 (RABU)  HINGGA 3/2/2012 (JUMAAT) BILIK SUPERIOR KING OR 2 SINGLES VALLEY VIEW DI HOTEL EQUATORIAL, CAMERON HIGHLANDS.

RM450 (3H2M)

*Booking tertakluk kepada kekosongan bilik, jika tempahan tarikh anda telah penuh, wang akan dikembalikan dalam masa 24 jam. Hubungi saya untuk maklumat lanjut ya.

Emailkan ke : ibnukhusairy@gmail.com atau call 019-6212187 untuk maklumat lanjut

Teh”O”Suam : Cepat, tawaran habis 29 JANUARI 2O12