Lama sungguh saya tak update blog ini. Sekarang ini kan semua tengah sibuk dengan bahang Pilihan Raya Umum ke-13 yang bakal menjelang pada 5 Mei ini. Untuk pengetahuan anda, saya kini sudah memulakan tugas baru di stesen televisyen sebagai Wartawan Penyiaran. Saya kini bertugas di Capital TV sebuah stesen televisyen untuk bisnes anda bagi para pelanggan Unifi channel 420.
Lega rasanya selepas lama menganggur kembali bekerja. Saya berada di bawah bahagian berita Bahasa Malaysia bagi Capital TV yang dibuka kira-kira setahun lalu. Yang paling menarik, suasana bekerja di sini memang menyeronokkan ala-ala pejabat Google yang hebat tu. Dekat ofis Capital TV ni ada meja Ping Pong dekat tengah-tengah work space kami. Memang best!!
Lepas tu bila lepas kerja diaorang layan busking kat belakang ofis sambil layan lirik dekat iPad. Memang menarik suasana di pejabat ini. Untuk pengetahuan anda, saya akan membuat lintas langsung dari lokasi terpilih di Lembah Kelang pada Pilihan Raya Umum kali ini. Pada mulanya lokasi saya di Tanjong Karang tetapi di dimaklumkan sudah diubah ke Kota Damansara kerana ia melibatkan pertembungan enam penjuru.
Saya nak mengajaklah, sesiapa yang ada Unifi dan channel Capital TV di rumah mereka, tune in to channel 420 untuk mengikuti siaran kami sempena Pilihan Raya Umum ke-13 ini nanti. Saya dan beberapa wartawan lain akan membuat lintas langsung dari beberapa lokasi sekitar Lembah Kelang setiap jam pada 5 Mei nanti.














