Begin typing your search above and press return to search. Press Esc to cancel.

Tentang Kami


Alhamdulillah, hasil usaha keras dan pembelajaran ilmu menerbitkan blog akhirnya terlaksana juga pada Julai lalu. Kini sudah hampir tiga bulan ia menjadi tatapan semua. Pada Julai lalu, ibnukhusairy.com hanya berjaya menarik kira-kira 43 orang pembaca dan pengunjung. Bulan Ogos mencatatkan peningkatan yang agak memberangsangkan apabila berjaya menarik kira-kira 168 orang pembaca.

Kejayaan kami di ibnukhusairy.com melonjak pada bulan lepas iaitu September 2010 dengan mencatatkan 411 orang pembaca dalam masa hanya dua bulan. Purata sekitar 15 hingga 20 pembaca sehari. Kini sejak Julai hingga Oktober ibnukhusairy.com sudah berjaya menarik 767 orang pembaca.

Kini Ibnu K dan krew ibnukhusairy.com sedang cuba berusaha membesarkan lagi pengaruh dan sebaran Contengan Hidup kepada semua peminat-peminat blog. Kami menyasarkan untuk mencapai 1,000 pembaca menjelang akhir tahun ini.

Blog ini akan menjadi sumber rujukan dan sajian bacaan ringan anda ketika bekerja dan di hujung minggu.

Ibnu K mengucapkan ribuan terima kasih atas semua sokongan anda kepada ibnukhusairy.com.