KALAU TAK TAHU, JANGAN POST DI FACEBOOK

Saya memang tak berkenan kalau orang yang jelas tidak tau akan kebenaran sesuatu hal kemudian kemaskini laman Facebook dengan menggunakan kata-kata memperlekehkan sesebuah organisasi atau parti.

Individu ini berada dalam senarai rakan saya dan berpengaruh juga kerana menjalanka perniagaannya sendiri.

Sebaik membaca update Facebooknya siang tadi, ayat pertamanya terus menyatakan keraguannya terhadap kesahihan berita dalam gambar yang diposkan beliau ke Facebook nya.

Lihat sahaja tulisan di posting yang bertulis “Saya TIDAK TAHU sejauhmana kebenarannya…” Sepatutnya bila sudah tidak tahu tak perlu disebarkan kerana ia boleh mendatangkan fitnah. Inilah budaya mereka pihak pembangkang. Jika benar pun mereka dibayar RM50, sudah lah mereka tidak dapat bekalan air, syukurlah mereka mendapat RM50.

Dakwaan itu boleh disangkal juga kerana di ruangan komen, ada pihak yang terlibat dalam pengambilan air ini tetapi langsung tidak dibayar apa-apa kecuali diberikan Tong hitam dengan logo 1Malaysia dan kemudahan mengambil air.

Apa yang jelas orang kuat Gerakan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) ada di situ membantu penduduk mengambil air dari lori tangki berkenaan.

Lihat komen Alid Aziz yang mengatakan “ye ke dapat duitm masa amik air kat lori tu tak dapat pun 50″. Jadi kebenaran sudah boleh disangkal kepada kemaskini Facebook ini.

Itulah budaya mereka, semua perkara hendak dipusing dan diputarbelitkan. Selepas saya bertanya kepadanya, barulah dia mengatakan tujuan posting itu untuk menyebabkan orang “menyiasat” . Jika niat beliau untuk menyiasat, kenapa tidak awal-awal lagi di status sudah mengatakan perlu disiasat sesuatu perkara.

Kerajaan kasihankan rakyat negeri Selangor, sudahlah mereka yang mendapat meter pukal tidak mendapat subsidi air percuma dari kerajaan negeri, sudah pula keinginan mereka hendak mendapatkan penghantaran bekalan air dituduh pula berlakon.

Tapi, selepas beberapa ketika tadi saya cuba check, posting di atas sudah TIADA di wall si pemiliknya. Baguslah jika dia melakukan tindakan yang betul. Kemudian dia post beberapa berita dari Malaysiakini yang sememangnya kami sebagai bekas wartawan tahu kaliber mereka dalam memutarbelitkan berita.

p/s : Saya kesal sebab beliau banyak pengaruh dan seorang yang hebat!!

Bookmark and Share
Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam SERIUS

Komen di Facebook:

2 Komen untuk entri KALAU TAK TAHU, JANGAN POST DI FACEBOOK

  1. Anonymous

    Kalau dah minat kat Anwar, statement pun mcm Anwar main tembak je walau tahu betul ke tak. ish ish

  2. Anonymous

    Siapa dia nih? bangang je statement dia ni. Tak payah hitamkan muka dia, buka je.. geram lak aku.

Taipkan komen anda

CommentLuv badge