Kecoh seketika laman Twitter saya apabila ada nama pemenang pingat pertama Olimpik wanita Malaysia tidak diiktiraf. Mungkin tidak??? Takkan lah Malaysia terlepas pandang wira negara sehebat itu. Menurut mereka atlet Taekwondo Wanita M. Vasugi pernah menerima pingat Gangsa di Olimpik Seoul pada 1988. Selepas diGoogle berulang kali barulah saya ketemu jawapannya.
Sebenarnya M Vasugi menyertai Olimpik di Seoul pada ketika itu saya Darjah 1 dan memenangi pingat Gangsa. Tetapi pada ketika itu sukan Taekwondo adalah sukan demonstrasi sebelum dipertandingkan sebagai salah satu acara rasmi dalam kalendar Olimpik.
Sukan yang tidak pertandingkan sebagai acara rasmi Sukan Olimpik, pungutan pingatnya tidak termasuk dalam senarai pungutan rasmi dan kerana itulah nama M Vasugi agak tenggelam berbanding pemenang-pemenang pingat lain di Olimpik. Bagaimanapun, negara tetap memperingati M Vasugi dengan memberikan banyak penghormatan sama seperti lagenda-lagenda sukan di Malaysia. Di mana M Vasugi sekarang ya?
Saya juga agak tertarik dengan prospek sukan Taekwondo yang di Olimpik tidak adakah atlet kita yang mampu menyerlah di peringkat dunia jika M Vasugi boleh melakukannya pada temasya Sukan Seoul. Kita berharap Kementerian Belia dan Sukan mengambil berat perkara ini dan melihat cabang sukan lain yang boleh digarap untuk melahirkan juara Olimpik seterusnya dari Malaysia. Sebagai contoh acara BMX ke?
p/s : M. Vasugi tetap hebat di hati rakyat Malaysia
Komen di Facebook:







Terima kasih en Sivam, satu komen yang cukup bagus. Negara kita sentiasa mementingkan penghormatan kepada rakyat yang mengharumkan nama negara.
Saya juga terharum dengan M.Vasugi Dimana selepas berpuluh puluh tahun berlalu di peringat antarbangsa iaitu sukan Olimpik Pertma kali Bendera Negara ia itu bendera MALAYSIA kita di naikkan dan berkibar arena sukan yang paling bermakna serta pingat petama untuk negara kita ia itu SUKAN OLIMPIK Kita perlu meberi penghormatan kepada VASUGI Serta generasi muda tidak lupa penggorbanan M.Vasuki boleh menjadi teladan rakyat malaysia lebih peserta di masa akan datang Sivam