PPIM BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP GENNEVA MALAYSIA

Selepas pelbagai pihak tampil dengan aduan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), sudah sampai masanya semalam PPIM membuat laporan polis terhadap syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd kerana didakwa menjalankan urus niaga syari’ah tidak mematuhi keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.




PPIM dibarisi oleh tiga orang iaitu Pegawai Kerja Mohd Mustaffa Hamzah dan juga Pengarah Latihan PPIM Dr Izham Nayan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang semalam dengarnya. Mohd Mustaffa atau lebih dikenali dengan Abang Muss berkata PPIM kesal dengan tindakan syarikat Genneva yang mengaku menjalankan urusniaga mengikut hukum syari’ah seperti dinyatakan di laman web mereka.

Menurut beliau, laporan polis dibuat untuk menggesa pihak berkuasa bertindak terhadap syarikat Genneva Malaysia yang sewenang-wenangnya melakukan perbuatan berkenaan.  Syarikat berkenaan turut didakwa mengambil deposit sebanyak RM5 juta tanpa kebenaran dari Bank Negara Malaysia. Lebih perit lagi, pelabur yang terlibat dalam urus niaga Genneva ini didakwa terdiri daripada orang kenamaan, syarikat dan yayasan serta tidak diketahui punca pendapatan mereka.

Menurut beliau PPIM menerima 30 aduan daripada para pelabur dengan Genneva Malaysia yang mendakwa syarikat pelaburan itu tidak mematuhi hukum syari’ah. PPIM juga mendesak syarikat Genneva Malaysia mengeluarkan kenyataan yang menyatakan bahawa mereka menjalankan urus niaga secara syari’ah supaya tidak mengelirukan orang ramai.

Saya sempat melihat laman web Genneva Malaysia di www.genneva-world.com dan melihat ianya masih dipaparkan sebagai mematuhi hukum syari’ah di hujung kanan paparan laman web berkenaan.

Ini pula adalah penerangan lebih terperinci bahawa perniagaan yang dijalankan mereka mematuhi hukum syari’ah atau Syari’ah Compliant dalam Bahasa Inggerisnya lah. Entry saya berkaitan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan ada di link INI untu rujukan anda.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-100 yang bersidang pada 4-6 Julai 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Jual Beli Dan Pelaburan Emas Yang Dijalankan Oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh syarak. Sesuatu transaksi jualbeli adalah dikira tidak sah sekiranya tidak memenuhi salah satu rukun jual beli. Muzakarah turut menegaskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas juga hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan dan kezaliman.
  2. Berdasarkan laporan dan hasil siasatan Bank Negara Malaysia terhadap operasi jual beli dan pelaburan emas oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd., Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas yang dilaksanakan oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd. tidak mematuhi sepenuhnya Parameter Pelaburan Emas sepertimana yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 pada 13 hingga 15 Oktober 2011.
  3. Oleh itu, umat Islam dinasihatkan supaya tidak melibatkan diri dalam aktiviti atau transaksi jual beli dan pelaburan emas yang dilaksanakan oleh mana-mana pihak sama ada syarikat atau individu di dalam atau luar negara yang bertentangan dengan prinsip-prinsip jual-beli emas seperti yang digariskan oleh syarak atau undang-undang negara.

Saya sertakan juga keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa berkenaan.

Kebetulan selepas entry berkenaan ada beberapa pelabur yang memberi komen pada entry itu berkenaan mereka mendapat emas di Genneva Malaysia seperti yang dijanjikan. Memang betullah, bukannya semua pelanggan akan diperdaya atau ditipu tetapi ianya berlaku. Ada juga pembaca yang meminta saya mendedahkan bukti peratus emas yang tidak mencukupi daripada emas yang dijanjikan.

Saya nak jawab pada Micker, saya dan PPIM bergerak untuk membantu para pengguna jauh sekali untuk menabur fitnah. Untuk mendedahkan bukti maaflah saya bukan macam Rafizi Ramli, yang mendedahkan sesuka hati butiran akaun rahsia syarikat untuk kepentingan politik dia. Seperti saya sudah nyatakan di entry sebelum ini, untuk maklumat lebih lanjut saudara Mickey boleh ajukan pertanyaan itu kepada Bank Negara Malaysia. PPIM juga merujuk kepada Bank Negara berkaitan hal ini disamping menerima aduan daripada pengguna atau pelabur yang teraniaya. Saya bukanlah pakar untuk menyelesaikan kekeliruan di minda anda ya Mickey.

Kepada anda yang ada sumber berlebih-lebih dan ingin melabur dengan membeli emas, berhati-hatilah daripada mendengar cakap orang dan godaan sesetengah pihak. Itu lebih baik dari menyesal kemudian hari.

p/s : Tegakkan Hak Pengguna Kita

Bookmark and Share
Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam BLOGGER TEMAN PENGGUNA

Komen di Facebook:

2 Komen untuk entri PPIM BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP GENNEVA MALAYSIA

  1. Mickey

    Saudara, mendedahkan bukti 70% emas tidak melibatkan bank negara kerana bank negara tiada kuasa atas urusan dagangan jual beli emas – sila rujuk dengan bank negara hotline 1300-88-5465. Sekiranya saudara mendakwa tanpa bukti ataupun melapurkan dakwaan orang lain tanpa bukti, bukankah itu fitnah namanya?

  2. karim

    saudara tahu x konsep wang kertas yg kita guna sekarang juga adalah riba…

Taipkan komen anda

CommentLuv badge