TAKTIK TIPU JUAL BELI EMAS BAKAL TERBONGKAR?? KONGSIKAN

Bila sebuh apa sahaja yang melibatkan duit, pasti akan ada penyelewengan. Pasti ada penipuan, tujuannya hanya satu untuk mengaut duit yang lebih sementara tenaga atau kerugiannya hanya sedikit. Pendek kata, nak kaut keuntungan lebih. Begitu juga halnya dengan peluang pelaburan emas yang kini menjadi popular dalam kalangan rakyat kawan-kawan kita.

Mereka seperti gila-gila membeli emas bukan dalam bentuk jewelry tetapi dalam bentuk jongkong atau seketul-seketul mengikut berat tertentu. Sememangnya diketahui pelaburan jenis ini adalah lebih menguntungkan kerana nilai emas tidak akan banyak jatuhnya tetapi nilainya terjamin di seluruh dunia.Tak sangka pula jenis pelaburan begini juga mereka mahu menipun dan menindas mereka yang mahu melabur.




Syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd dikenal pasti sebagai salah satu syarikat berkaitan jual beli emas yang tidak menepati syarak dan kehendak Islam dalam sesuatu urus niaga. Keputusan dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan bukannya saya cakap sendiri kerana didapati tidak mematuhi sepenuhnya parameter pelaburan emas sepenuhnya.

 

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-100 yang bersidang pada 4-6 Julai 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Jual Beli Dan Pelaburan Emas Yang Dijalankan Oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh syarak. Sesuatu transaksi jualbeli adalah dikira tidak sah sekiranya tidak memenuhi salah satu rukun jual beli. Muzakarah turut menegaskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas juga hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan dan kezaliman.
  2. Berdasarkan laporan dan hasil siasatan Bank Negara Malaysia terhadap operasi jual beli dan pelaburan emas oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd., Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas yang dilaksanakan oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd. tidak mematuhi sepenuhnya Parameter Pelaburan Emas sepertimana yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 pada 13 hingga 15 Oktober 2011.
  3. Oleh itu, umat Islam dinasihatkan supaya tidak melibatkan diri dalam aktiviti atau transaksi jual beli dan pelaburan emas yang dilaksanakan oleh mana-mana pihak sama ada syarikat atau individu di dalam atau luar negara yang bertentangan dengan prinsip-prinsip jual-beli emas seperti yang digariskan oleh syarak atau undang-undang negara.

Sebenarnya banyak lagi syarikat yang dikenal pasti agak mencurigakan dalam urusan jual beli emas ini dan ramai juga yang sudah tertipu bernilai jutaan ringgit. Blog ibnukhusairy.com melalui Ibnu K Online kini sedang bekerjasama dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk melihat kemungkinan untuk membongkar penyelewengan ini supaya tidak ramai lagi rakyat Malaysia tertipu dalam niat baik mereka untuk menambah pelaburan melalui penyimpanan emas.

Antara penipuan yang dilihat sedang menjadi kegemaran si penyangak ini ialah Emas tiada selepas pembayaran, Nilai logam emas di dalam kepingan tidak sama dengan nilai seperti tertera pada emas contohnya Emas 999.9 tetapi di dalamnya cuma ada 70 peratus emas sahaja. Semuanya ini bakal memberikan si mangsa pengalaman pahit dalam membeli dan melabur dalam pelaburan sebegini. Oleh itu, kepada anda diharapkan berhati-hati dan anda boleh berhubung dengan Bank Negara untuk melihat kesahihan atau kebenaran sesebuah syarikat dalam menguruskan pelaburan emas ini. Jadi, anda berhati-hatilah ya.

p/s : Niat yang baik jangan diakhiri dengan penyesalan

Bookmark and Share
ENTRI DITERBITKAN PADA by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT

Komen di Facebook: