BERBUKA DENGAN YOGHURT IKUT CARA RASULULLAH

Selamat berpuasa semua, Alhamdulillah hari ini hari pertama kita berpuasa pada bulan Ramadhan yang datang lagi untuk ke sekian kalinya. Syukur kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan. Petang tadi, saya sempat meluangkan masa di Pasaraya Besar Carrefour di Wangsa Maju membeli sedikit barang keperluan. MasyaAllah, ramai betul manusia yang datang ke Carrefour membeli barang atau lauk untuk dimasak untuk berbuka puasa hari pertama ini.

Selepas itu, saya menonton rancangan Menu Barakah di TV Al-Hijrah pada pukul 6 petang tak silap saya. Dengan Chef berbangsa Arab yang hensem jugak. Bercakap dalam Bahasa Melayu memang bagus. Beliau tidak lupa berpesan supaya sentiasa berzikir dan mengucapkan Subhanallah ketika memasak. Dalam seumur hidup saya menonton rancangan memasak, itulah kali pertama Chef memesan agar kita berzikir sambil memotong, memasak dan menyiapkan hidangan supaya dapat berkatnya oleh Allah.

Dalam program itu juga Chef sempat berpesan supaya berbuka dengan yoghurt atau susu masam atau Tairu dalam Bahasa Tamil kerana itulah menu pilihan Rasulullah dalam berbuka puasa sebelum makanan berat.




Sebenarnya untuk mengikut Sunnah Rasulullah bahagian itu tidak susah kerana banyak sudah terdapat berbagai jenis Yoghurt di pasaran. Ada yang kosong dan ada yang berperisa, jadi kepada anak-anak anda yang tak suka makan yoghurt atau pun suami anda tak suka, boleh rasanya suruh mereka mula mencuba dapat pahala sunnah. Rasulullah saat mula berbuka puasa menu pilihannya ialah Tamar, Air, Susu Unta dan Youghurt atau susu masam.

Produk yoghurt pun ada macam-macam jenis, ada jenis Nestle dan ada juga yang dikeluarkan dalam bentuk air minuman berperisa buah-buahan.

Itulah antara pilihan yogurt yang ada di pasaran dan kalau anda pergi ke Pasaraya Besar Giant ke atau Carrefour pasti banyak lagi pilihan yang saya tidak sempat nak masukkan di sini. JAdi, eloklah mula mencari Yogurt untuk mulakan kita berbuka puasa mengikut Sunnah Rasulullah S.A.W. Sedap Yogurt ni, selamat mencuba!!

p/s : Selamat berbuka puasa semua!!

Bookmark and Share
ENTRI DITERBITKAN PADA by Ibnu K Dalam TIPS

Komen di Facebook:

  • http://www.facebook.com/profile.php?id=100003406486245 Shana

    masa pose, perut lapar mata asyik nak pejam. kalau tak pose lapar tak boleh nak pejam pulak. kena isi perut dulu baru senang nak pejam mata. arzadhm recently posted..

  • http://www.ibnukhusairy.com Ibnu K

    Sedap tu, memang layan. Nanti esok akan ada resepi lagi nak share…Hehehe

  • http://www.nasikerabubuahtanjung.blogspot.com akuzle ayi

    Tqvm 4 sharing. Jenama yogurt pilihan sy adalah Anlene.perisa mangga n berries..