Dah mula berbunyi dah di laman sosial blog, twitter dan facebook komen-komen pedas tentang cadangan penubuhan Majlis Media Sosial di Malaysia oleh Tok Menteri Penerangan kita DSU Dr Rais Yatim semalam. Ramai yang menyokong tak kurang sikit jugak ramai yang menyanggah penubuhannya atas alasan ia tidak perlu.
Itulah yang saya dan rakan blogger dari blog www.tehtarikbersamayb.com bincangkan dalam rancangan Helo Malaysia malam tadi di siaran 502 Astro Bernama TV. Dihoskan oleh Nazam Yusuff, beliau Otai Sukan dari dulu dan sekarang masih giat jadi commentator sukan menghoskan program bual bicara ini dengan topik Impak Media Sosial.
Ia sebenarnya adalah rentetan dari cadangan YB Menteri tu untuk satu penubuhan Majis untuk menjadi satu organisasi berkaitan dengan media sosial seperti Facebook, Blog, Twitter, Youtube, Tumblr, Flickr, Tagged dan macam-macam lagi tetapi itu adalah antara yang kita kenal dan pernah dengar.
Ada antara suara sumbang yang kita dengar ialah apa gunannya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) yang ditubuhkan untuk memantau penggunaan internet, itu penggunaan internet dari segi penggunaan email, penyelewengan, hacking tetapi tidak memantau media sosial dengan penuh perhatian. Media sosial ini luas dan pakarnya kini ramai sehingga berjuta umat manusia. Kalau semua nak dibebankan pada SKMM macam mana diaorang nak buat kerja.
Ini antara komen pelbagai yang saya terima melalui laman Facebook Teh Tarik Bersama YB yang dikemaskini kan petang semalam sebelum kami berdua LIVE di Bernama TV. Jadi pada pendapat saya, perlu ada satu organisasi tidak semestinya Majlis Media Sosial tetapi satu ikon untuk melihat semua aspek dan perkara membabitkan media sosial secara khusus. Tidak boleh dicampuradukkan dengan SKMM.
Selain itu dengan meletakkan penggiat media sosial di dalam majlis itu juga nanti perlakuan dan juga perkembangan media sosial ini boleh dipantau oleh para penggiat media sosial itu sendiri. Sebab itu dalam perbincangan di Bernama TV saya katakan kena ada dua unit dalam Majlis itu yang memisahkan penggiat yang juga Ahli Politik dan Unit Pengamal Media Bebas tidak ahli politik.
Baru pada pendapat saya perbincangan dan isu yang mahu diselesaikan akan menjadi ringan dan banyak input boleh diberikan oleh blogger dan para penggiat lain secara keseluruhan dan ikhlas.
Apapun ini masih di peringkat cadangan dan banyak lagi cabang dan ruang untuk perbincangan di adakan dengan pelbagai pihak nanti. Kita tunggu dan lihat dan saya percaya PM DS Najib pasti melihat dengan serius perkara ini kerana beliau juga terkesan daripadanya kerana beliau juga adalah seorang penggiat Media Sosial yang aktif dalam Twitter dan Facebook.
Saya yakin apa yang cuba digerakkan kerajaan BN bukanlah untuk menghancurkan negara tetapi menjadikan sesuatu itu lebih baik sebelum ia akan menjadi buruk akibat pengaruh negatif yang dibawa Media Sosial. Kita tunggu dan lihat sahaja ya?? Anda pula kata apa??
Semestinya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Bernama TV kerana sudah menjemput saya dan Uzaidi untuk bercakap serba sedikit tentang keperluan dan aspek yang terdapat dalam Majlis Media Sosial ini kelak. Kami para blogger yang baik hanyalah ingin berkongsi apa yang kami fikir, kami bukan meminta anda mendengar tetapi kami hanya berkongsi, jika anda tak nak terima perkongsian kami, it’s okay.
Mudah-mudahan apa yang kami bicarakan tadi akan dapat memberikan sedikit input kepada anda tentang apa sebenarnya Media Sosial dan kesannya yang begitu besar kepada masyarakat.
Apapun itulah kali pertama saya muncul di kaca LCD dan LED TV anda di rumah sebagai panel kepada sebuah bicarawara. Waaahh.. Teringat ayat-ayat zaman Datuk Zainuddin Maidin ketika jadi Menteri Penerangan dulu. Penggiat media sosial kena tanya blogger jenis apa yang perlu aku jadi samaada memilih jalan baik atau jalan berliku serta terpaksa menanggung perkara-perkara pelik akibat tindakan kita.
Kita tunggulah nanti kabinet akan bermesyuarat dan membincangkan tentang perlunya Majlis Media Sosial ini ditubuhkan. Diharapkan para penggiat media sosial perlu dilibatkan sekali demi untuk menjaga kredibiliti dan prestij media sosial itu sendiri.
Komen jangan tak komen ya, Terima kasih kerana singgah…
p/s : Majlis Media Sosial, sedap gak bunyi dia
Komen di Facebook:











Ibnu Khusairy dah kurus sket la.. apa dah jadi ni…