Perkara berkaitan isu ini sudah beberapa kali dan banyak kita dengar di akhbar, televisyen, majalah, blog dan youtube. Bagaimana perangai sesetengah bank yang mengambil kesempatan terhadap pelanggan. Bagaimana mereka mengenakan faedah yang tinggi kemudian terus membawa ke mahkamah hutang yang baru beberapa bulan tertangguh. Paling teruk bagaimana sesetengah dari rakan kita yang menderita akibat terpaksa membayar pinjaman bank selepas pembelian rumah gagal akibat projek terbengkalai. Sudahlah duit tak dapat, kena bayar pulak tu, rumah pulak tak siap.
Realitinya memang rakyat di negara ini tidak mempunyai banyak pilihan untuk mendapatkan sumber kewangan sama ada bank atau pun Ah Long atau Lintah Darat. Kalau Koperasi pun biasanya hanya kepada penjawat awam sahaja. Jadi, sebab itu agaknya bank-bank ni kadangkala over react dengan merasakan diri mereka penyelamat dan tempat orang ramai mengadu untuk mendapatkan perkhidmatan dan pinjaman.
Selepas mendapat pinjaman, biasanya pelanggan akan enjoy dengan duit yang diterima atau menggunakannnya untuk tujuan tertentu, dan pada satu tahap nasib tidak begitu baik mereka gagal membayar ansuran seterusnya menyebabkan pihak bank membawa pelanggan ke mahkamah dan disaman seterusnya disenarai hitam kan. Kalau diikutkan bunyinya memang kejam. Ada juga sesetengah pegawai bank yang berlagak seperti Ah Long bila si peminjam yang tertungga bayarannya pergi menyerahkan diri bertanyakan masalah.
“Saya bagi awak sampai hujung bulan ini, bayar separuh dahulu dan jika tidak kita akan teruskan dengan tindakan mahkamah,” katanya selamba sambil bersandar di kerusi.
Wah.. berlagaknya tu belum CEO bank itu lagi, baru sahaja pegawai rendah yang ditugaskan menguruskan pinjaman. Si peminjam pastinya sedang tidak mempunyai wang sebab itulah bayarannya tertunggak. Bukan saja saja dia tak nak bayar. Ini bukan salah satu daripada kesnya. Banyak lagi kes lain yang membawa para pelanggan terus ke dalam kebankrapan.
Bagaimana kerajaan boleh agak memainkan peranan dalam isu ini?
Sebenarnya boleh, kita ada pelbagai jenis pengiktirafan yang menghargai proses yang cepat dan teratur dari ISO 9001 hingalah ISO berapa entah saya pun tak pasti. Saya cadangkan kalau kerajaan melalui Kementerian Kewangan boleh sahaja mewujudkan Akreditasi Bank Mesra Pelanggan atau Sijil Bank Rakan Pelanggan. Beri pengiktirafan kepada bank-bank yang kurang kes dengan pengguna dan banyak mementingkan kebajikan pengguna dalam memberikan orang ramai perkhidmatan terbaik.
Jika akreditasi seperti itu diberikan kepada bank-bank terpilih, sudah tentu ramai pelanggan akan berubah ke bank tersebut dalam erti kata untuk menjiwai perkhidmatan yang ditawarkan. Bank lain yang sebelum ini mementingkan keuntungan dan mewujudkan pelbagai undang-undang sendiri akan mengikut jejak langkah demi memiliki akreditasi yang sama jika ingin bersaing. Masa tu kita akan lihat pula bagaimana bank-bank yang mendapat akreditasi ini berkhidmat kepada pelanggan.
Bukan susah juga saya rasa untuk mewujudkan panel penilai untuk membuat audit berkenaan hal ini sebelum bank boleh diberikan sijil atau akreditasi. Berapa ramai dari pakar kewangan dan perbankan kita yang sudah bersara tetapi masih aktif dalam mengikuti secara mendalam perjalanan institusi perbankan di negara ini. Pihak bank sepatutnya berusaha untuk mewujudkan lebih ramai senyuman di wajah pelanggan daripada meletakkan penderitaan berpanjangan kepada mereka.
Sebab itulah saya tak suka bekerja di bahagian yang mana memerlukan kita memberitahu orang lain kita terpaksa membekukan akaun mereka, kita terpaksa potong talian mereka, terpaksa caj mereka itu ini kerana kita mengikut telunjuk dan mungkin arahan yang kita ikuti itu salah. Kita akan disumpah oleh ramai orang akibat tindakan kita yang mengikut arah kononnya tu.
p/s : Ada hutang?? Bayarlah…
Komen di Facebook:








