Daily Archives: 05/07/2012

Daily Archives: 05/07/2012

DJOKOVIC BERDEPAN FEDERRER SEPARUH AKHIR WIMBLEDON

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam SUKAN | SILA KOMENLAH SIKIT  

Juara bertahan Kejohanan Tenis Wimbledon Novak Djokovic dan juara Wimbledon enam kali Roger Federrer bakal berdepan dalam satu separuh akhir EPIC!! selepas kedua-dua mereka menjinakkan dengan mudah lawan masing-masing di suku akhir pada Rabu. Pilihan ketiga Federrer menewaskan pilihan ke-26 Mikhail Youzhny dalam masa hanya 90 minit 6-1, 6-2 dan 6-2 di Gelanggang Tengah manakala Djokovic yang juga pilihan pertama menewaskan pemain pilihan ke-31 Florian Mayer 6-4, 6-1 dan 6-4 di Gelanggang Satu.

DI MATTEO LIHAT KEMUNGKINAN BELI PEMAIN LAGI UNTUK CHELSEA

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam SUKAN | SILA KOMENLAH SIKIT  

Jurulatih Chelsea Roberto Di Matteo melihat kemungkina untuk menambah lagi bilangan pemain baru di Stamford Bridge namun menolak untuk menyebut mana-mana sasaran mereka kerana bimbang harga pemain yang disasarkan akan naik apabila perkara itu didedahkan. Berita laman web goal.com melaporkan The Blues telah pun berbelanja besar pada sepanjang tempoh perpindahan musim panas dengan membeli penyerang pasukan Lille dari Liga Perancis  Eden Hazard dan pemain midfield Werder Bremen Marko Marin dengan belian perpindahan kedua-duanya berjumlah 40 Juta Pound.

TERKINI!! UNCLE SEEKERS DI TAHAN POLIS MALAM TADI

Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam BERITA | 3 komen diberi

Kami ingin membetulkan fakta pada entri awal tadi yang mana Uncle Seekers ditahan polis malam tadi pada pukul 9.45 malam di Plaza Tol Senawang dan bukannya di Janda Baik serta turut ditahan seorang wanita. Uncle Seekers kini disiasat mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972.  Terima kasih diucapkan kepada rakan Twitter @Hazrey kerana pantas memberikan kemaskini berita ini. Ingat Uncle Seekers?? dulu dia adalah salah seorang yang memulakan corak program TV berbentuk paranormal dengan Seekersnya. Sejak itulah beliau mendapat jolokan dengan nama …