SUNGAI SEJUK KETENANGAN SAUJANA JANDA BAIK RESORT

Janda Baik bukanlah perihal seorang janda yang baik sifatnya tetapi adalah nama sebuah daerah di Pahang yang boleh memberikan ketenangan kepada janda-janda yang mungkin bertandang ke situ..

Err, apa saya tulis ni?? Fokus semula

Jika anda inginkan kenyamanan dan ketenangan sambil mendengar air sungai jeram menderu deras di luar pintu rumah anda, cubalah menginap di Saujana Janda Baik Resort, Janda Baik, Pahang. Memang best!!! Anda akan berpeluang menginap di chalet seperti ini….




Inilah yang saya gelarkan ketenangan maksima, bayangkan anda duduk di dalam chalet itu sambil deruan air sungai deras kedengaran di telinga, boleh nyenyak tau tidur anda tu… Huh… Nak tengok rupa dalam Chalet itu yang digelar dengan nama Chemperoh Villa.

Dengan susunan perabot yang kemas dan hiasan katil yang santai, pasti anda akan kehilangan segala penat dan lelah sepanjang bertugas di ibu kota sepanjang hari, Saujana Janda Baik boleh menjadi sebahagian dari diri anda untuk mencari ketenangan. Binaan villa dengan menggunakan bahan berasaskan papan menjadikan suasana dalam rumah lebih nyaman jika ada tingkap yang mencukupi dan ia terasa seperti kembali ke kampung tempat kita mula dilahirkan dan membesar dulu.

Jika anda ingin bersantai pula diluar Villa sudah tersedia ruang santai untuk anda dan keluarga menikmati udara segar sambil menikmati minum petang di luar villa pasti suasana ideal untuk dihabiskan bersama keluarga kan.

Di Saujana Janda Baik Resort, mereka juga banyak memberikan promosi dengan harga yang best kepada anda. Sebagai contoh untuk pakej Escapade dua orang anda hanya perlu membayar RM280 semalam berbanding harga biasa iaitu RM400 dan anda akan ditempatkan di Chalet Meranti yang juga cukup menawan kalbu.

Tapi yang paling menawan hati saya ialah suasananya bila kita boleh berjalan turun ke gigi air sungai yang sejuk tanpa perlu berjalan jauh-jauh. Itulah yang paling best dan tidak dapat ditahan-tahan rasa saat dapat menjejakkan kaki ke Saujana Janda Baik ni, jadi kepada anda yang ada masa bolehlah pergi dan bawa anak-anak satu family dan bersuka ria menikmati suasana tenang di sana. Memang tak rugi sangat-sangat kot saya rasa. Untuk sampai ke lokasi Saujana Janda Baik Resort ini alamatnya ialah Lot 6989, Kampung Janda Baik, 28760 Bentong Pahang atau hubungi 011-1221-4123 atau emailkan kepada info@saujanajandabaik.com untuk maklumat lanjut.

p/s : Senangnya hati…

Bookmark and Share
ENTRI DITERBITKAN PADA by Ibnu K Dalam CUTI IBNU K

Komen di Facebook:

  • http://www.ibnukhusairy.com Ibnu K

    Mestilah best!! Mesti rasa nak pergi lagi kan??

  • http://www.bizbakhtiar.blogspot.com/ kb

    Memang tempat ni best..saya dah pernah pegi dah…very cool…
    kb recently posted..30 Days To Develop an Outstanding Blog – Day 10