LAYAK KE PAK ANWAR IBRAHIM JADI PM??

Kalau soalan itu ditanya, asalkan individu itu mendapat sokongan majoriti Anggota Dewan Rakyat iaitu Parlimen layak lah mereka untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong selepas diperkenankan. Tapi ada juga beberapa sebab kenapa seseorang tak layak untuk dipilih menjadi PM ni. Sekarang ni heboh pihak UMNO dan BN suruh tolak insan bernama Anwar Ibrahim dari menjadi PM mentadbir negara Malaysia ini.




Saya kemudian menyusun satu temujanji dengan Datuk Ahmad Maslan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk bertanyakan layak ke Anwar jadi PM. Ia berdasarkan kenyataan beliau dalam sesi Teh Tarik Bersama YB di restoran NZ Garden Cafe KLCC tidak lama dulu bahawa ada “10 Sebab Kenapa Anwar Tak Layak Jadi PM” Sempat juga Datuk Ahmad Maslan meluangkan masa untuk ditemubual channel youtube saya iaitu ibnukhusairi di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya. Bukan senang hendak bertemu dengan Datuk di pejabatnya.

Al-maklumlah, beliau adalah Ketua Penerangan UMNO dan Barisan Nasional yang sentiasa perlu memiliki maklumat untuk diterangkan kepada rakyat. Sumber kerajaan juga sudah pasti dari sumber yang boleh dipercayai kerana untuk memetik sumber yang sambil lewa tidak mungkin sebab kerajaan BN memegang mandat rakyat yang diperolehi pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu. Kalau BN dan UMNO reka cerita, lambat laun rakyat akan tahu dan BN akhirnya berkubur juga. Nasib baik, semua kenyataan itu dibuat berdasarkan kajian, pemerhatian dan bukti yang pada saya kukuh. Tidak seperti apa yang disuarakan oleh Pak Anwar Ibrahim sendiri.

Dalam temubual eksklusif di Putrajaya itu Datuk Ahmad Maslan menjelaskan satu persatu berkenaan 10 Sebab berkenaan… Anda tonton sendiri dan nilaikan…

Saya dengan yakin menyuarakan sokongan saya kepada pimpinan kerajaan PM Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukannya pakatan pembangkang yang diterajui oleh PKR, PAS dan DAP. Jadi, saya menayangkan temubual ini hanya untuk berkongsi apa yang saya dapat dari para pemimpin negara berkenaan dakwaan dan bukti serta kefahaman mengenai siapa sebenarnya Pak Anwar Ibrahim. Saya bukan berniat menjadi hero UMNO kerana saya tidak mendapat apa-apa daripada apa yang saya buat.

Jadi, anda tontonlah temubual saya dengan Datuk Ahmad Maslan ini sebagai satu input untuk berkongsi. Saya juga percaya dengan dalam dan yakin bahawa Datuk Seri Anwar TIDAK LAYAK untuk menjadi PM Malaysia.

P/S : Demi negara.

SEBARKAN!!!

Bookmark and Share
Dicetuskan pada by Ibnu K Dalam CUIT-CUIT

Komen di Facebook:

Taipkan komen anda

CommentLuv badge